As'ad Motawh Umum Nak Buat Konsert Jelajah, Netizen Bandingkan Persembahan Terdahulu

Amri Hassan
Januari 4, 2019 04:15 MYT
Penyanyi muda As'ad Motawh menerusi Twitternya mengumumkan bakal mengadakan konsert jelajah pada Februari ini.
Kata As'ad, pengumuman itu sepatutnya dibuat ketika diundang ke rancangan MeleTOP pada Selasa lalu namun terlupa.
"Lol I actually went on Meletop to announce that i'll be doing my first concert tour in February. How can I forget that," tulisnya baru-baru ini.

Lol I actually went on Meletop to announce that ill be doing my first concert tour in February ? how can I forget that HAHAHA

— Asadmotawh (@Asadmotawhh) January 2, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, pengumuman itu tidak mendapat respons positif daripada pengguna media sosial.
Malah, ada yang mula membandingkan semula persembahan As'ad terdahulu termasuk ketika menyanyikan lagu Asal Kau Bahagia (Armada Band) di Indonesia tahun lalu.

Nyanyi macam ni nak buat konsert jelajah? Nasihat ikhlas aku, lupakan je lah Asad Montah oii ? pic.twitter.com/4uvmYqctOD

— Alan Al Padat (@IniAlannn) January 3, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Baca: Insiden Memalukan Di Indonesia: "Saya Tak Pasti Itu Sabotaj" - As'ad Motawh
Baca: Selsema, Sakit Tekak Punca As’ad Motawh Tak Dapat Menyanyi Dengan Baik
Baca: "Tak Rosakkan Lagu Orang Tak Sah" - As'ad Motawh Dikecam Sumbang Nyanyi Lagu Kopi Dangdut
Di sebalik kecaman, ada juga sebilangan peminat fanatiknya yang tidak sabar menantikan konsert jelajah itu.
Sepanjang karier bergelar penyanyi As'ad baru muncul dengan dua single iaitu Senyum (2017) dan Percaya (2018).