Laman Utama

Ada 100 Juta Pendengar Secara Strim, The Weeknd Dinobatkan Artis Paling Popular Dunia

gempak
Maliah Surip
22/03/2023
13:21 MYT
Sponsor Banner
Ada 100 Juta Pendengar Secara Strim, The Weeknd Dinobatkan Artis Paling Popular Dunia
Penyanyi The Weeknd diumumkan sebagai artis paling popular dunia oleh Guinness World Records.
Gelaran tersebut diberikan organisasi yang mengiktiraf pelbagai rekod di dunia itu selepas menganalisa data dari Spotify. The Weeknd kemudian menepati ciri sebagai nama yang sangat berpengaruh dalam dunia muzik, termasuk ramainya pendengar yang mendengar muzik penyanyi itu setiap bulan menerusi platform penstriman.
Mengikut data, pemilik nama sebenar Abel Tesfaye itu menjadi satu-satunya artis dan yang pertama mempunyai 100 juta pendengar dalam sejarah Spotify hingga akhir Februari 2023.
Jumlah pendengar The Weeknd meledak naik setelah lagu Die For You, sebuah lagu remix kolaborasi dengan Ariana Grande dirilis.
Tidak hanya itu, sehingga artikel ini ditulis (dipetik dari Billboard), The Weeknd terus mencatat kenaikan pendengar dengan 111,4 juga pengikut di Spotify.
Selain The Weeknd, Miley Cyrus juga kini terus menyebarkan pengaruhnya melalui hit Flowers dan memiliki 82.4 juta pendengar di Instagram, diikuti Shakira dengan 81.6 juta dan Ariana Grande (80.6 juta).
Gelaran artis paling popular dunia bukanlah satu-satunya kejayaan yang dilakar penyanyi ini.
Sebelum ini The Weeknd pernah diiktiraf sebagai pemilik album terbanyak diputar di Spotify pada 2015 iaitu Beauty the Madness dan penyanyi lelaki solo dalam kelompok 10 tertinggi dalam carta Billboard Hot 100 paling lama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live