Laman Utama
Ada 2 Anak Tapi Ayah Lain-Lain, Bekas Isteri PU Abu, Hana Azraa Sudah Ready Jawapan
Bekas isteri kepada pendakwah bebas, PU Abu Sufyan, Hana Azraa mengakui terfikir sekiranya kedua-dua anaknya bertanyakan mengenai bapa masing-masing kelak.
Kata Hana, dia sendiri sudah mempunyai jawapan kepada anak-anaknya itu seandainya persoalan tersebut diajukan.
"Sejujurnya terfikir juga sebenarnya. Tapi saya akan cakap tak kisahlah ayah lain-lain pun, yang penting kamu berdua dari perut dan rahim yang sama.
"Mommy yang ke hulu hilir kandungkan hampa 9 bulan.
"Jadi, siapa atau apapun background anak-anak, Hana akan pastikan mereka tetap akan menjaga dan berkasih sayang antara satu sama lain sampai syurga.
"Kalau tak mommy piat. Ya lah, lagipun depa kena jaga mommy bila dah tua nanti. Terutama Al-Mateen tu," jelas Hana.
Jawapan terbabit dikongsikan Hana melalui sesi soal jawab bersama pengikutnya di Instagram Stories baru-baru ini.
Hana dan PU Abu mendirikan rumah tangga pada Mei 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari 2020.
Sebelum itu, Hana pernah berkahwin dengan seorang jejaka dan memperoleh seorang cahaya mata, Afifah Aisyah, 5 tahun.
Must-Watch Video