BERITA
Ada 9 Rekod Jenayah, Suspek Kes Tembak Pusat Beli-Belah Maut Ditembak Polis
Suspek kes tembak di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam di Shah Alam, pada 8 Februari lalu, maut ditembak di Pulau Ketam, dekat Klang Selatan.
Lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditembak dalam satu operasi membabitkan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan JSK dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sekitar jam 3 pagi tadi.
BERITA TRENDING: Insiden Tembakan: Aaron Aziz Segera Ambil Anak Di SCM, Sempat Titip Pesanan - “Ingat Adik Jangan Pernah Panik Semasa Kecemasan”
BERITA TRENDING: Insiden Tembakan: Pusat Beli-Belah Disahkan Selamat - Polis
BERITA TRENDING: Lepaskan Lapan Das Tembakan Di Pusat Beli-Belah, Lelaki Warga Tempatan Sedang Dijejaki Polis
Setakat ini tidak dapat disahkan sama ada keberadaan suspek di pulau berkenaan kerana bersembunyi selepas diburu polis sejak kejadian tembak pada 8 Februari itu atau untuk melarikan diri ke luar negara.Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek yang juga seorang penjenayah dikehendaki maut dalam satu kejadian tembak-menembak bersama polis ketika serbuan di Pulau ketam itu.
Sewaktu serbuan tersebut, berlaku tembak-menembak antara pasukan polis dan penjenayah di sebuah bilik hotel.
"Pasukan polis berjaya menembak mati seorang lelaki dan menemui dua senjata api berisi peluru bersama suspek tersebut.
"Semakan mendapati saspek yang dikehendaki ini mempunyai sembilan rekod jenayah termasuk satu kes jenayah dadah dan tujuh kes jenayah samun, selain dipercayai terbabit dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah Setia City Mall baru-baru ini," katanya melalui kenyataan.
BH difahamkan mayat suspek akan dibawa ke jeti di Pelabuhan Klang selepas siasatan dan pemeriksaan oleh Unit Forensik Polis selesai dijalankan di lokasi.
Berdasarkan maklumat, lokasi kedudukan suspek diperolehi berdasarkan siasatan dan risikan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sejak kejadian berlaku.
Dalam kejadian jam 10 malam 8 Februari lalu, suspek dilapor melepaskan empat das tembakan terhadap seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci di pusat beli belah di Setia Alam, semasa berada di Aras P1.
Mangsa yang cedera di punggung dan kakinya menyelamatkan diri, masuk ke dalam pusat beli-belah berkenaan, manakala suspek melarikan diri ke Aras P2.
-BERITA HARIAN
Must-Watch Video