Sejak dilancarkan, filem Mat Kilau berjaya meraih perhatian penggemar-penggemar filem tempatan. Buktinya, setakat ini, filem arahan Syamsul Yusof itu berjaya meraih kutipan sehingga RM47 juta.

Namun, mungkin ada antara kita yang masih tidak tahu bahawa versi Mat Kilau yang ditayangkan kepada umum kini bukanlah versi asal sebenar.

Hal ini kerana, seorang pengguna TikTok mendedahkan bahawa filem Mat Kilau yang diarahkan oleh Syamsul merupakan versi ‘reshoot’ atau rakam semula.

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh pemilik akaun: “Baru tahu filem Mat Kilau dah shoot tujuh tahun lalu. Dah habis RM2.5 juta tapi reshoot balik dan diarahkan semula oleh Syamsul Yusof atas sebab tertentu.

“Siap ada terbang-terbang lagi versi Mat Kilau yang ni,” katanya.

Begitupun, video tersebut mendapat maklum balas pelbagai dalam kalangan pengguna Twitter.


“Mujur la filem Mat Kilau ni reshoot balik. Kalau tidak, entah apa-apa ja la jadinya. Kau ingat cerita Mak Lampir ada terbang-terbang dari atas pokok, dari atas bumbung bagai.

“Tak masuk lagi bab kostum askar British yang memang dah out tu. Dah la ada Shuk Sahar pulak tu.. Ewwwwww!” ujar pengguna Twitter @IniAlalalannn.

Sementara itu, menerusi ruangan balasan dan ciapan semula, netizen turut berasa lega apabila video belakang tabir yang viral itu bukanlah versi akhir yang ditayangkan kepada penonton.

“Nasib baik reshoot letak Fattah Amin. Nak jugak la aku tengok daripada ada Syuk Sahar ni haaa.”

“Babak terbang tu nasib baik takda. Kalau tak confuse tengok cerita Mat kilau ke Pontianak Harum Sundal Malam.”

“Patut la time aku tegok interview syamsul dengan Zhafvlog tu dia ckp dia lagi rela buat balik semua from scratch lepas dah tegok hasil kerja kembara studio yang asal.”

“Terima kasih Sol sebab kalau tak Mat Kilau jadi Mat Lampir dah hahahaha.”

Nak tonton banyak lagi movie menarik? Terus jer ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 untuk lebih banyak filem hebat! Macam-macam movie ada!