"Ada Air Dalam Paru-Paru" - Anak Bongsu Rebecca, Ahmet Reaggan Belum Sedia Terima Tetamu

Amri Hassan
Julai 27, 2018 02:00 MYT
Anak bongsu pasangan Datin Rebecca Nur Al-Islam dan Datuk Nor Azam Sulaiman masih belum bersedia untuk menerima lawatan daripada tetamu.
Hal itu disebabkan masalah air dalam paru-paru yang dikesan oleh pegawai perubatan sejurus selepas bersalin pada awal minggu ini.
"Welcome home my new sonshines Ahmet Reaggan, Alhamdulillah syukur atas rezeki Mu yang indah ini.
"For now, no visitor for baby, because Ahmet Reaggan want to be more healthier and he don't want to see his Mummy crying and worried anymore.
"Baru balik, bagi Ahmet Reaggan relaks-relaks dulu okey, seperti yang dinasihatkan doktor," tulis Rebecca menerusi Instagramnya.
Entri terbabit sekali gus mengumumkan nama anak bongsunya yang dilahirkan pada 18 Julai lalu.
Nor Ahmet Al-Reaggan merupakan cahaya mata keempat pasangan Rebecca dan Datuk Nor Azam.
Menerusi kemas kini akaun peribadi Ahmet Reaggan, bayi lelaki itu dipercayai berdepan dengan komplikasi air dalam paru-paru berdasarkan pemeriksaan x-ray pada hari pertama selepas dilahirkan.
"X-ray hari pertama seleaps dilahirkan, doktor cakap dalam paru-paru ada air sikit," maklum akaun tersebut.
Rebecca dan suami mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Nor Anggun Raverra, 6, Nor Anggerik Renesmee, 5, Nor Aliff Al-Raffael, 2, dan seorang anak angkat, Nor Adam Daniel, 10.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @rebeccanuralislamahmad, @ahmetreaggan
#Anak #Bersalin #Rebecca Nur Al Islam #Ahmet Reaggan