Biarpun belum ditayangkan, filem Hantu Ke Lima telah menjadi tumpuan ramai khususnya peminat genre komedi seram.

Menerusi satu video ‘trailer’ dimuat naik di YouTube Astro Shaw, rata-rata penonton tidak sabar menantikan tarikh tayangan filem bermula Khamis ini.

Kebanyakan mereka tertarik dengan jalan cerita yang memaparkan kisah ‘influencer’ mengejar ‘content’ yang akhirnya terperangkap dengan pelbagai situasi dan kisah seram.

Malah, ada juga yang teruja apabila mengetahui dua selebriti media sosial terkenal iaitu Aisar Khaled dan Coki turut bergandingan dalam filem ini

“Yeay ada Aisar Khaled dan Coki lah, tak sabar tengok gandingan dua ni”.

“Ada Aisar Khaled mesti best cerita ni”.

“Ok kalau komedi seram aku nak layan,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat trailer tersebut di bawah.


Sekadar info, filem arahan pengarah Azhari Zain dan berdurasi 90 minit ini mengisahkan tentang Auni Qaisara Putri (Raysha Rizrose) mencari perlindungan setelah dianiaya oleh ibu tirinya Puan Sri Zaleha (Adibah Noor) dalam skim pelaburan saham yang merugikan.

Puncak Mahligai kediaman mewah peninggalan arwah ayah Auni yang dipelihara oleh Iskandar Syah (PU Azman) dan isterinya, Kam (Elly Mazlein) menyimpan seribu satu misteri.

Pada masa sama, TKO Studio yang diusahakan Taufiq (Aisar Khaled), Kent (Izzue Islam) dan Oya (Shiha Zikir) sedang dalam kejatuhan dan mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Puan Sri Zaleha dalam mempromosi Puncak Mahligai untuk menarik minat pelabur.

Namun mereka kemudian berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik.

Auni Qaisara Putri akan mempertahankan satu-satunya kenangan bersama arwah ayah dan ibunya di Puncak Mahligai.

Saksikan filem komedi seram, Hantu Ke Lima yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 7 Oktober 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.