Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ada Anak Kecil & Rapat, Netizen Cadang Sari Yanti Untuk Jadi Ibu Susuan Bayi Shuib & Siti Sarah

Azwa Rahman
15/08/2021 03:46 MYT
Pelakon dan juga isteri kepada pelawak Jep Sepahtu, Sari Yanti merupakan antara individu yang ‘dipetik’ oleh wargamaya untuk menjadi ibu susuan kepada bayi lelaki Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah, Ayash Affan.

Menerusi perkongsian video sebuah portal tempatan, difahamkan Shuib masih lagi memikirkan individu yang sesuai dijadikan ibu susuan memandangkan pihak hospital sudah meminta bekalan susu ibu untuk diberikan kepada bayi tersebut.

Menurut wargamaya, Sari Yanti menjadi calon yang sesuai untuk dijadikan ibu susuan kepada Ayash memandangkan dia baru sahaja menimang cahaya mata pada Mei lalu serta hubungan baik di antara Shuib dan Jep.

Namun, tidak kurang juga ada yang mencadangkan agar ibu susuan untuk Ayash dipilih dalam kalangan ahli keluarga atau adik-beradik supaya tidak timbul masalah di kemudian hari.

Kenapa saya terlintas Sari Yanti yang paling sesuai jadi ibu susuan Ayash Affan,” kata seorang wargamaya.

Paling sesuai sekarang ni Sari Yanti. Anak dia kecil lagi, pastu Shuib rapat dengan Jep, tidak akan jadi masalah jika anak ini jadi ibu susuan. Kalau yang tak rapat takut jadi masalah di kemudian hari,” komen seorang wargamaya.

Seeloknya ahli keluarga terdekat. Tak payah ramai-ramai ibu susu. Bukan hal kecil bila anak makin meningkat dewasa. Semoga Allah permudahkan urusan Shuib,” cadang seorang wargamaya.

Sari Yanti pun okay, akhlak pun terbaik, lemah lembut orangnya,” tulis seorang wargamaya.

Bagusnya, jarang ada lelaki yang nak fikir panjang, dalam keadaan anak-anak ramai nak handle pun Shuib masih boleh fikir untuk buat yang terbaik,” puji seorang wargamaya.

Kalau boleh dalam kalangan family ada yang menyusu anak, lagi bagus sebab darah daging. Kalau orang luar takut akan ada masalah lain,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sebelum ini, seorang rakan kepada pelakon Syatilla Melvin menawarkan diri untuk menjadi ibu susuan memandangkan dia baru sahaja selesai tempoh berpantang dan memiliki stok susu yang berlebihan.

Terdahulu, Allahyarhamah Siti Sarah berada dalam keadaan ditidurkan melahirkan bayi lelaki pramatang selepas menjalani pembedahan hampir tiga jam bermula jam 2 petang pada 6 Ogos lalu.

Selain Ayash, Shuib dan Sarah dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
#Siti Sarah #Sari Yanti #Ibu Susuan #Ayash Affan #Shuib dan Jep Sepahtu
;