Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Ada Apa Dengan Dosa Angkat Isu Tuntutan Anak Luar Nikah!

Amri Hassan 22/05/2020 | 09:46 MYT
Bagaimana seorang ustaz menghadapi dosa silamnya sendiri apabila beliau pernah berzina sehingga melahirkan anak luar nikah?
Lebih memeritkan anak itu dibesarkan sebagai seorang ‘freethinker’, tidak mempercayai kewujudan Tuhan yang satu sehingga mahu membunuh diri.
Terbaharu, Astro Shaw membawakan filem genre drama islamik lakonan mantap Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, Haris Ismail, Adam Corrie dan Fauziah Nawi terus ke pawagam rumah anda, Astro First mulai 4 Jun 2020.
Ada Apa Dengan Dosa (AADD) mengisahkan tentang gadis 19 tahun, Aurora yang merupakan anak luar nikah dan dibesarkan di Eropah oleh keluarga bukan Islam sejak kecil.
Keadaan berubah apabila dia mendapat tahu asal usulnya. Aurora rasa tertipu dan cuba bunuh diri.
Namun, kehadiran Khaliq memberi sinar baru buatnya dan mereka pergi ke Malaysia untuk mencari ibu bapa kandungnya.
Sepanjang pencariannya, Aurora mula rasa ingin tahu erti Islam yang sebenar memandangkan dia tidak mempraktikan ajaran Islam sebelum ini.
Sementara itu, ibu kandung Aurora, Siti Zahrah hidup dihantui dengan dosa silam.
Manakala, ayah kandungnya pula merupakan ustaz terkenal, Ustaz Aariz yang cuba lari dari dosa lalu dan tidak mengakui yang
Aurora adalah anak kandungnya kerana takut maruah tercalar.
Filem arahan Rahila Ali ini awalnya dirancang untuk tayangan pawagam bermula 24 September hadapan.
Namun, lanjutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pihak penerbit Pencil Pictures & Records merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk menayangkan filem yang sarat dengan pengajaran untuk tontonan seisi keluarga agar terus kekal berada di rumah.
Tambahan pula, sejak filem ini diuar-uarkan di platform media sosial, pihak penerbit dihujani dengan pertanyaan dan keterujaan untuk melihat sendiri filem yang ditulis oleh penulis lirik terkenal Rudy Imran.
AADD menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik di Scotland dan Malaysia pada 2018.
Saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 4 Jun 2020.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Ada Apa Dengan Dosa selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem ini, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
#Fauziah Nawi #PU Riz #Ada Apa Dengan Dosa
;