Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ada Apa Dengan Orkid Hitam Dalam Koleksi Sulung Arunsayfull Di Pentas KLFW2022? - #OhAbeNik

Amri Hassan
01/09/2022 12:41 MYT
Dua anak muda yang ingin dikenali sebagai Arunsayfull, bergandingan bahu buat julung kalinya di lantai runway, Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW 2022).

Pereka duo ini mempersembahkan sebuah koleksi fesyen penuh gah, The Black Orkid Pradesha untuk tatapan pengunjung KLFW 2022.

Keluar dari zon selesa, koleksi yang terdiri daripada 13 helaian persalinan high fashion ini ternyata memberikan jiwa baru buat Arunsayfull sepanjang bergelar pereka fesyen.

Sentuhan istimewa yang dikhususkan untuk KLFW 2022, mengetengahkan bunga orkid dalam dimensi berbeza yang dinilai melalui cakra mata ketiga.

Kali pertama sertai KLFW

Malah, seperti mana di dalam kebanyakan koleksi Arunsayfull sebelu m ini, aspek kemewahan turut menjadi sentuhannya untuk koleksi istimewa KLFW 2022.

"Kami ingin mempersembahkan koleksi yang akan membuka mata para pemain dalam industri fesyen tanah air.

"Di pentas KLFW, terdapat 13 persal inan yang kami persembahkan. Di mana koleksi koleksi ini disasarkan khusus buat pada golongan elit dan fashionista," kata pereka fesyen duo berkenaan.

Uniknya tentang rekaan Arunsayfull

Arunsayfull merupakan sebuah jenama tempatan yang terdiri daripada 2 orang pereka muda yang sangat berbakat besar iaitu Arun Mateen berusia 27 tahun yang berasal dari Kuantan Pahang manakala Saiful Izham yang berusia 35 tahun yang berasal dari Kulim, Kedah.

Rekaan adi busana mereka sentiasa tidak mengecewakan kerana mempunyai citarasa mewah, unik dan lain daripada yang lain.

Rekaan Arunsayfull juga cukup dikenali dengan potongan dan pemakaian material yang mewah serta perincian mahupun sulaman manik yang mewah.

Kata mereka, menyertai KLFW merupakan impian para fesyen industri kerana acara ini adalah acara tahunan yang paling dinantikan oleh pengemar fesyen dan untuk berada di pentas berprestij ini pastinya terdapat pelbagai halangan dan cabaran.

"Sering kali kita melihat, ramai dalam kalangan pereka fesyen tanah air yang menggunakan platform KLFW sebagai batu loncatan bagi mengembangkan lagi jenama dan juga rekaan mereka.

"Kami juga tidak terlepas. Peluang keemasan ini kami nantikan untuk menampilkan identiti sebenar Arunsayfull.

"Malah dengan adanya KLFW, kami berupaya untuk menonjolkan jiwa sebenar sentuhan Arunsayfull di dalam setiap rekaan kami," kata Arun Saiful.

Tiba-tiba buat RTW

Namun, mereka tetap mengakui, bahawa jenama ini memerlukan masa yang agak lama untuk membuktikan bahawa jenama mereka layak untuk berada sebaris dengan jenama yang lain.

Di pentas KLFW Arunsayfull mensasarkan golongan elite dan juga fashionista kerana koleksi kali ini menampilkan rekaan yang mempunyai selera high fashion.

Benar, RTW bukanlah bread butter bagi Arunsyafull, namun atas keinginan mahu keluar dari zon selesa, maka mereka berdua menyediakan koleksi RTW sepenuhnya.

Namun, RTW mereka agak berbeza. Kerana Arunsayfull membawakan konsep RTW yang serba mewah khusus untuk dipamerkan di atas pentas KLFW 2022.

Siapa Arunsayfull?

Semak fakta menarik tentang pereka duo Arunsayfull:

1. Arunsayfull terdiri daripada pereka muda berbakat besar iaitu Arun Mateen dan Saiful Izham.

2. Rekaan Arunsayfull juga cukup dikenali dengan potongan dan pemakaian material yang mewah serta perincian mahupun sulaman manik yang mewah.

3. Kekuatan terbesar bagi jenama ini adalah teknik pemotongan dan seni jahitan.

4. Diibaratkan two man show, kedua-duanya mereka, memotong dan menjahit sendiri tanpa perlu tenaga lain.

5. Datuk Seri Bernard Chandran merupakan individu rujukan dan idola sedari awal mereka terjun ke dalam bidang ini.

6. Dior antara jenama antarabangsa yang menjadi inspirasi Arunsayfull kerana memiliki ciri-ciri rekaan yang clean dan polish.

#Pereka Fesyen #Fesyen #KLFW #Koleksi #OhAbeNik #KLFW2022 #Arunsayfull #Orkid Hitam #Profil
;