Semasa dunia sedang menunggu vaksin COVID-19, namun harus diingat masih ada kelompok yang tidak digalakkan untuk mengambilnya lapor AWANI.
Menurut Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) iaitu badan yang mengambil tanggungjawab menjadi penentu kepada kebenaran untuk penggunaan vaksin itu, ada juga kumpulan yang tidak dibenarkan mengambilnya termasuklah bagi vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech yang dipanggil COMIRNATY.
Menurut soalan lazim (FAQ) di laman web NPRA mengenai vaksin COMIRNATY, berikut merupakan kumpulan yang tidak disyorkan:
1.Individu kurang daya ketahanan imun,
2. Pesakit autoimun
3. Wanita mengandung atau menyusukan anak.
Ini kerana buat masa ini, bukti klinikal belum mencukupi untuk menyokong penggunaan vaksin itu di kalangan kumpulan berkenaan, namun saranan itu mungkin berubah selepas lebih banyak data klinikal diperolehi.
"Ujian klinikal vaksin COMIRNATY juga tidak melibatkan peserta di kalangan wanita yang hamil atau sedang menyusukan anak... memandangkan tiada data keberkesanan dan keselamatan penggunaan vaksin ini bagi populasi itu, pemberian itu adalah tidak disyorkan sehingga maklumat lanjut diperolehi," kata NPRA.
Vaksin COMIRNATY juga tidak boleh diberikan kepada individu yang mempunyai reaksi alahan kepada mana-mana bahan dalam vaksin, antaranya messenger ribonucleic acid (mRNA), lipids, polyethylene glycol, potassium chloride, potassium dihydrogen phosphate, sodium chloride, disodium phosphate dihydrate dan sucrose.
Tambah NPRA, dos kedua vaksin itu juga tidak seharusnya diberikan kepada individu yang mengalami reaksi alergi alahan yang serius setelah penerimaan dos pertama.
"Sila dapatkan nasihat doktor jika anda mempunyai sebarang bentuk alahan, masalah pendarahan, atau sedang mengambil apa-apa ubat pencair darah, sedang atau baharu selesai menerima rawatan kanser, transplan organ atau sel stem.
"Juga jika pernah dijangkiti COVID-19, pernah menerima vaksin COVID-19 yang lain, sama ada menerusi program imunisasi atau sebagai subjek dalam ujian klinikal COVID-19, atau pernah menerima rawatan antibodi pasif bagi COVID-19," jelas NPRA.
Dalam masa sama, vaksin itu yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) adalah untuk individu berumur 18 tahun dan ke atas, buat masa ini.
"Ini berikutan tiada data yang mencukupi untuk menentukan keberkesanan dan keselamatan pemberian vaksin kepada golongan bawah 18 tahun... oleh itu kanak-kanak di bawah usia itu tidak boleh diberi imunisasi sehingga data lanjut diperolehi," tambah NPRA.
Sementara itu, Presiden Farmasi Malaysia Amrahi Buang berkata orang ramai seharusnya bergantung dan hanya percaya dengan maklumat tepat di laman web NPRA bukannya dengan mendengar khabar angin negara lain.
"Bagaimanapun orang ramai janganlah membuat tafsiran sendiri adalah lebih baik biar doktor pakar yang membuat keputusan sama ada boleh ambil atau tidak vaksin pada hari pengambilan vaksin itu nanti, kerana penyakit ada pelbagai jenis dan tahap keseriusan yang berlainan.
"Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin contohnya, meskipun beliau merupakan 'cancer survivor' tetapi beliau akan mengambil suntikan vaksin itu kerana doktor beliau kata boleh," katanya.
Mengenai Sanovac, beliau berkata meskipun vaksin dari China itu akan tiba pada 27 Feb depan, namun maklumat mengenai vaksin itu belum boleh didapati di NPRA memandangkan ia belum lagi didaftarkan di negara ini.
"Vaksin itu akan datang ke negara ini secara pukal sebelum proses 'fill and finish' dibuat di kilang milik Pharmaniaga di negara ini, kemudian baharu mohon pendaftaran kepada NPRA agar PBKD boleh mengeluarkan pendaftaran bersyarat," katanya.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar pula berkata mereka yang tidak mempunyai sebarang penyakit kritikal dan serius, tidak seharusnya takut untuk mengambil vaksin itume mandangkan ia selamat digunakan.
"Suntikan bukannya dilakukan sewenang-wenangnya, doktor yang menilai risiko akan tanya dan semak dahulu sejarah penyakit yang dihadapi serta alahan sebelum membuat keputusan sama ada vaksin itu sesuai untuk diambil atau pun tidak.
"Ibu mengandung contohnya, ada pakar berpendapat kalau pada 'trimester' ketiga, vaksin boleh diambil... sebab itu maka lebih baik berbincang dengan doktor bagi mendapatkan kepastian... itu lebih baik," katanya.
Sumber / Foto: Astro AWANI
Mya Amri
Tue Feb 23 2021
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.
Ini Sebab Kenapa Majlis Pernikahan Syasya Rizal Diadakan Secara Tertutup
Anggota kumpulan DOLLA iaitu Sabronzo, Tabby dan Angel mengakui masih lagi berhubung baik dengan Syasya.
Ieda Moin anak tak dapat keluar lokap | YES TUAN EP 1
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Lelaki Serang Kamal Adli Mengaku Bersalah, Dihukum Penjara Selama 2 Tahun
Lelaki yang menyerang pelakon, Kamal Adli menggunakan belantan di Singapore Expo pada Mac tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu oleh mahkamah Singapura pada Khamis. Tertuduh yang dikenali sebagai Muhammad Nabil Rashid, 34, yang juga warga Singapura pada 31 Januari lalu mengaku bersalah atas satu pertuduhan
Tom Dedah Sarah Yasmine Hubungi Fuad Rahman Sejak Tahun 2022, Ini Cerita Sebenar...
Fuad pula keluarkan kenyataan.