Sudah pasti semua orang mesti simpan lagi gambar-gambar kenangan ketika di bangku persekolahan kan.

Alang-alang ada lagi gambar-gambar itu, apa kata anda sertai TikTok #SMKKitaChallenge dengan hanya memuat naik foto comel zaman sekolah.

Macam pelakon siri SMK Musim ke-4 iaitu Aziz M Osman, Erissa Puteri dan Fikry Kiki pun sahut cabaran dengan memuat naik video memperlihatkan foto mereka ketika zaman persekolahan.

Mudah saja… gunakan sound lagu SMK Kita kemudian buat transition gambar comel korang sewaktu di zaman persekolahan dan versi sekarang dengan cara paling kreatif
@astroceria SMK Musim 4 Episod Akhir ISNIN INI JAM 9 MALAM ?? Jangan lupa tengok geng, kena tau SMK memang akan berakhir selamanya ke?!! #smkkita #smkkitachallenge #astroceria #fyp #throwback #azizmosman ♬ SMKkitachallenge - Astro Ceria
Video transition itu perlulah dimuat naik di TikTok dengan meletakkan hashtag atau tanda pagar #SMKKitaChallenge di kapsyen perkongsian anda.

Menariknya, video paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang dan akan dapat hadiah best tau!

Cabaran #SMKKitaChallenge akan berakhir pada 12 Disember dan pada hari yang sama juga akan diumumkan pemenang.

Paling penting, jangan lupa juga saksikan episod akhir SMK di saluran Astro Ceria pada 5 Disember ini pada pukul 9 malam dan untuk info lebih lanjut, anda boleh ikuti akaun TikTok dan Instagram rasmi Astro Ceria.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
@astroceria Paling comel akan MENANG TABLET PERCUMA!! Join #smkkitachallenge sekarang, pastikan letak hashtag #smkkitachallenge & jangan lupa tag @astroceria tau!! #fyp #throwback #smkkita #viral #comel #astroceria ♬ SMKkitachallenge - Astro Ceria