Datuk Redzuawan Ismail atau panggilan mesranya Chef Wan sememangnya seorang yang sangat penyayang terutama apabila tiba kepada ahli keluarganya.

Tiada yang lebih disayanginya daripada ibunya sendiri, Noraini Abdullah atau panggilan manjanya Cik Ani. Kasih sayangnya itulah yang sering mendapat pujian daripada warga maya.

Dalam satu entri di Instagramnya, Chef Wan berkongsi kisah ibunya yang suka membuat perkara tidak mengikut masa.



"Asyik nak makan, Cik Ani nak tidur. Suruh tidur nak juga mengadap TV lama. 3.30pm you need your afternoon nap mother.

"Ahhh so wonderful to be semi retire spending more time with my mother. Alhamdulilah, kita dua-dua dah reput ni," tulis Chef Wan tentang ibu kesayangannya itu.

Cerita Chef Wan lagi, ketika cuba menidurkan ibunya, dia berbaring di sebelah. Rupa-rupanya dia yang terlebih dulu tertidur berbanding ibunya itu.

Emak asyik main-main dengan gigi palsu dia sekejap keluar lepas tu masuk balik. Ada bunyi lagi..krap krup..krap krup," seloroh Chef Wan.

Asyik nak makan Cik Ani nak tidur... Suruh tidur nak juga mengadap TV lama. 3.30pm u need your afternoon nap mother. Ahhh so wonderful to be semi retire spending more time with my mother. Alhamdulilah, kita dua2 dah reput ni.... Tidur kan emak semlm sleeping next to her in the end i was the one who fall asleep first.? Emak asyik main2 dgn gigi palsu dia sekejap keluar lepas tu masuk balik. Ada bunyi lagi..krap krup..krap krup. #cikanisayang

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on


Ramai yang memuji keakraban dan layanan istimewa yang diberikan Chef Wan untuk ibunya itu. Setiap masa dia tidak pernah gagal memenuhi kehendak ibunya yang tersayang.

"Alhamdulillah. Sayang betui chef dgn ibu chef. Semoga syurga tempat anak yang menyayangi ibunya macam ni. Untung ibu chef dapat anak yang terlalu syg kat dia," tulis putri_langkawi.

"Walaupun ramai mengata chef wan, rezeki tetap murah. Rezeki dari jaga mak, jaga ex wife dan jaga semua fan chef wan. Semoga panjang umur both chef wan dan cik ani," komen farasul.

"Suka sangat tengok, semoga syurga yang tertinggi untuk chefwan & ibu tercinta. Aamiin," tulis wani.flower.

Untuk rekod, Chef Wan pernah berkahwin tetapi kemudiannya bercerai dan mempunyai dua orang anak, pelakon dan usahawan Serina dan Muhammad Nazri yang juga merupakan seorang chef.