“Ada Cikgu Halang Kawan-Kawan Untuk Duduk & Kongsi Pinggan Dengan Saya” - Tiara Jacquelina Dedah Pernah Jadi Mangsa Rasis
Asraf Aided
04/06/2020 10:00 MYT
04/06/2020 10:00 MYT
Penerbit, pelakon dan pengarah terkenal, Puan Seri Tiara Jacquelina mendedahkan pernah menjadi 'mangsa' perkauman ketika zaman persekolahannya.
"Saya pernah mengalami #racism pada usia 14 tahun di sekolah (malangnya, ia dilakukan oleh seorang guru)" tulis Tiara di Instagram.
Gempak telah menghubungi Tiara bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai hal itu.
Menurut Tiara, kejadian itu berlaku ketika dia berada di kantin bersama rakan-rakan berbilang bangsa.
"Di sekolah dahulu, saya lah yang menyatukan semua orang tanpa mengira bangsa, tempat tinggal mereka dan sebagainya.
"Seperti diketahui ramai, saya dahulu dilahirkan sebagai seorang yang bukan beragama Islam, bukan juga berbangsa Melayu. Tetapi, para pelajar di sekolah saya semuanya bersatu, kami menyertai pertandingan sorak, makan dan lakukan pelbagai aktiviti lain bersama-sama.
"Pelajar berbangsa lain pun selesa berkawan dengan saya, tiba-tiba pada suatu hari, ada seorang guru yang baru masuk ke sekolah itu datang ke kantin dan menghalang pelajar bangsa lain untuk duduk makan bersama saya.
"Menurut guru itu, rakan-rakan saya tak boleh duduk dan kongsi pinggan makanan dengan saya kerana saya (ketika itu) kafir, ya, sepanjang 14 tahun saya hidup, itulah kali pertama saya dilabel kafir dan lebih menyedihkan, ia datang dari mulut seorang guru," kata Tiara.

Tambah Tiara, dia mengambil perkara itu sebagai satu iktibar dan sentiasa memperjuangkan semangat bersatu padu antara kaum menerusi karyanya dalam bidang seni.
"Saya bukanlah jenis orang yang berdendam, saya telah berjanji kepada diri sendiri, saya tidak akan pernah bersikap prejudis terhadap bangsa lain.
"Saya juga telah menjadikan karya seni saya sebagai satu platform untuk menggalakkan perpaduan antara kaum supaya ia boleh menjadi ikutan orang ramai.
"Antara karya yang mengetengahkan mesej sebegini adalah Ola Bola The Musical dan P. Ramlee The Musical, mereka yang pernah menontonnya dapat melihat betapa harmoni dan indahnya semua bangsa bersatu tanpa bersikap prejudis," tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Tiara juga berpendapat, Malaysia mampu menjadi sebuah negara termaju di Asia Tenggara jika sifat perkauman dapat dihapuskan.
"Marilah kita bersama-sama hapuskan sifat perkauman di Malaysia, saya percaya, Malaysia mampu menjadi negara paling maju di Asia Tenggara jika prejudis dan diskriminasi antara kaum dapat dihapuskan.
"Sifat perkauman ini sebenarnya lebih bahaya daripada wabak COVID-19, para saintis dan pengamal perubatan boleh usaha menemukan vaksin wabak ini, tetapi sifat perkauman tiada ubatnya, ia lahir dari hati kita," tambahnya lagi.
Minggu lalu rusuhan kaum di Amerika Syarikat tercetus apabila seorang warga Afrika-Amerika George Floyd meninggal dunia selepas sukar bernafas akibat lehernya ditekan oleh lutut anggota polis Minneapolis, Minnesota.
Floyd ditangkap setelah polis menerima laporan dari sebuah pasar raya yang mendakwa dia menggunakan wang palsu ketika membeli barang.
Kejadian itu juga telah mendapat perhatian masyarakat seluruh dunia yang memperjuangkan keadilan dan kesamarataan hak antara manusia tanpa mengira perbezaan kaum dan warna kulit.