Hiburan
"Ada Cili, Ada Daun Kunyit" - Berkebun Hobi Baru Anzalna
Pelakon Anzalna Nasir mendedahkan dia kini memiliki hobi baru iaitu berkebun dan bercucuk tanam.
Malah, kehadiran bulan Ramadan tahun ini membuatkan dia lebih teruja apabila tanamannya mula membuahkan hasil.
"Menanam sayur-sayuran di rumah menjadi minat baru saya sekarang. Ada pokok cili, daun kunyit dan macam-macam lagi.
"Saya juga kadang-kadang ke Sungai Buloh untuk mendapatkan bunga-bungaan yang saya suka.
"Selain itu, saya juga menghabiskan masa dengan mengasah semula bakat melukis saya dan insya-Allah semua lukisan itu saya akan jual untuk disalurkan kepada badan kebajikan," katanya kepada Astro Gempak.
Anzalna juga mengakui dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon demi memberikan tumpuan menjaga suaminya, Hanif Zaki, yang menghidap gastrik.
"Oleh itu, setiap hari pada bulan Ramadan saya akan bangun awal pagi untuk menyediakan hidangan sahur untuk suami saya. Sama seperti tahun-tahun sebelum ini.
"Saya harus pastikan dia mengisi perut untuk berpuasa sepanjang hari.," kata Anzalna ketika ditemui pada majlis pelancaran Yasss Raya 2018 di Quill City Mall, Kuala Lumpur hari ini.
Anzalna turut membuka gerai jualan Anzel Hair & Bye Bye Zits sempena acara ini.
Dalam perkembangan lain, Anzalna bakal memulakan penggambaran drama bersiri selepas sambutan Syawal dan akan ke Paris, Perancis pada Ogos nanti.
Teks oleh: Amri Hassan
Must-Watch Video