"Ada Dalam Tiada"- #10YearsChallenge Paling Sedih! Nora Ariffin Kongsi Foto Kenangan Bersama Arwah Suami

Zulaikha Yusof
Januari 17, 2019 05:13 MYT
Penyanyi terkenal Nora Ariffin atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin berkongsi sekeping foto yang mengundang rasa sebak ramai netizen.
Sempena #10yearschallenge, Nora memuat naik foto mereka sekeluarga bersama arwah suaminya, Johan Nawawi pada tahun 2009 dengan foto terkini bersama anak-anaknya.
Foto tersebut dimuat naik menerusi salah sebuah entri di akaun Instagram(IG) miliknya.
"Ada dalam tiada," tulisnya secara ringkas di ruangan kapsyen.
Ekoran perkara tersebut, ruangan komen IGnya dipenuhi dengan kata-kata doa serta mengharapkan Nora tabah menghadapi dugaan.
"@hqgadisjolobu: Bertabah kak nora.."
"@farihinaminnudin: Al fatihah..sedih pulak gambar ni."
"@king_ferwhite: Semoga kuat selalu kak nora deh."
"@suehaila01: Semoga baik-baik saja buat kak nora sekeluarga."
Malah, terdapat segelintir peminat berpendapat muka anak sulung Nora, Syakir Iman sama seperti arwah suaminya.
"@hanisa_k.a.mk: Yaallah, anak sulung kak nora memang sebijik muka arwah suami. Terkejut saya tengok tadi."
"@the_alims: Alhamdulillah..Anak sulung lelaki kak @noraariffin dah boleh jadi pengganti bapa..
Mashaalllah."
"@cts_zz53: Allahhu..Itulah penggantinya..Benarlah Allah jadikan anak-anak iras ibu bapanya agar bila 1 masa ada di antaranya telah pergi dapat menghilangkan sedikit rindu."
Suami Nora, Johan Nawawi yang juga seorang komposer terkenal meninggal dunia pada Mac tahun lalu akibat serangan jantung.
#Nora Ariffin