“Ada Direct Message (DM) Dato’ Sri Siti Nurhaliza di Instagram Guna Akaun Masdo Tapi…” – Kumpulan Kugiran Masdo Imbau Kisah Viral Dikecam

Badrul Hashim
Februari 11, 2019 09:20 MYT
Sememangnya menjadi kisah yang sangat sensasi apabila kumpulan Kugiran Masdo dikecam teruk ketika menyampaikan sebuah lagu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak lama dulu.
Namun pada mereka perkara itu sudah berlalu dan mereka sedar atas kesilapan yang berlaku dan ianya menjadi pengajaran yang berguna untuk masa depan.
“Kita bertanggungjawab atas segalanya dan minta maaf pada semua peminat terutamanya Sitizoners. Mungkin lain kali kita akan buat yang terbaik,” kata mereka.
Menurut salah seorang ahli kumpulan Kugiran Masdo, dia sebenarnya ada DM Dato’ Sri Siti menggunakan akaun Masdo untuk memohon maaf atas segala kekurangan dan berharap Dato Siti tak ambil hati.
“Tapi tidak ada balasan daripada Dato’ Seri Siti, mungkin dia sibuk untuk membalas,” jelasnya.
Kumpulan Kugiran Masdo mengucapkan terima kasih pada peminat dan netizen yang memberi kritikan membina kepada mereka.
“Ini kali pertama kumpulan Masdo dikecam kerana sebuah lagu,” kata mereka kepada Hlive!
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
#Kugiran Masdo #Dato Sri Siti Nurhaliza