Bintang GegarVaganza lapan (GV8), Nikki Palikat berkongsi berita gembira apabila dibenarkan pulang daripada hospital semalam selepas ditahan di wad pada pagi Rabu lalu.

Tambah melegakan, Nikki ketika dihubungi Gempak berkata, dia masih akan bertanding dalam konsert minggu ke-9 GV8.

“Tadi baru discharger, malam ni rehat and ya saya masih compete.

“Tahap kesihatan saya semakin baik dan pulih, hope makin baik untuk Ahad ini,” katanya.

Jelasnya, disebabkan telah ditahan di wad selama beberapa hari, dia hanya mempunyai dua hari untuk melakukan persediaan sepatutnya.

“So untuk masa dua hari, saya kena banyak catch up, lepas beberapa hari terlantar di hospital.

“Banyak kerja yang selalunya Nikki akan take time untuk buat, cuma kali ini kena‘cramp’ semua tapi harapnya semakin pulih, sempat la kot,” katanya.

Diharapkan Nikki melakukan terbaik Ahad ini, namun pada masa sama menjaga kesihatan!

Terdahulu, Nikki terpaksa ditahan di wad atas nasihat doktor kerana badan terlalu lemah.

Difahamkan, sejak Selasa, Nikki sudah berasa tidak sedap badan sebelum membuat keputusan untuk menjalani pemeriksaan, esoknya.

Untuk rekod, untuk minggu ke-9, Nikki akan membawakan lagu Puncak Kasih (Ziana Zain) & Ikut Rentakku (Jaclyn Victor) .

BACA: Kurang Rehat, Nikki Palikat Masuk Hospital

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.

Dalam pada itu, Program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) terbitan Astro Ria telah dinobatkan sebagai Program Muzik/Tarian Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA 2021) yang berlangsung di Singapura pada 3 Disember lalu.