Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail menyampaikan khabar baik apabila mengumumkan jemaah bagi solat Jumaat di kawasan yang berada dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan seramai 500 orang, berkuat kuasa hari ini.
Bilangan jemaah bagi solat Jumaat seramai 500 orang itu antaranya dibenarkan di masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Mohd Ajib dipetik berkata bilangan jemaah bagi tujuan sama di tujuh Masjid Zon dan Masjid Kariah dibenarkan seramai 250 orang manakala bagi Surau Jumaat ialah 150 orang dan Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat Jumaat pula seramai 100 orang.
Beliau berkata bilangan jemaah bagi tujuan sama di Surau Jumaat dan Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat Jumaat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibenarkan seramai 80 orang.
"Kuliah dan tazkirah dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi bilangan jemaah solat Jumaat bagi tazkirah sebelum solat Jumaat dan tidak melebihi jemaah solat fardu bagi kuliah yang lain dengan penjarakan fizikal 1.5 meter," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Mohd Ajib berkata ketetapan baharu itu dilaksanakan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan selaras dengan pengumuman kerajaan berkaitan Peralihan Fasa PPN.
Beliau berkata bagi solat fardu di Kuala Lumpur dan Putrajaya, bilangan jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan seramai 200 orang, tujuh Masjid Zon dan Masjid Kariah (100 orang) manakala Surau Jumaat (50 orang).
Katanya bilangan jemaah di Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat Jumaat pula dibenarkan seramai 50 orang manakala bagi Surau Jumaat serta Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat sama di PPR dan PA DBKL serta semua surau dibenarkan seramai 40 orang.
Mohd Ajib berkata bagi Labuan yang berada dalam Fasa Empat PPN, bilangan jemaah solat Jumaat di semua Masjid Zon, Masjid Kariah, Surau Jumaat dan Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat Jumaat dibenarkan separuh daripada kapasiti sebenar.
Katanya pada masa sama, bilangan jemaah bagi solat fardu di semua masjid dan surau dibenarkan mengikut keluasan dewan solat utama.
Selain itu, beliau berkata kuliah dan tazkirah dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi bilangan jemaah solat Jumaat bagi tazkirah sebelum solat Jumaat dan tidak melebihi jemaah solat fardu untuk kuliah yang lain, dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.
"Semua ketetapan tersebut adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan.
"Semoga umat Islam, khususnya di Wilayah Persekutuan, terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan serta bermunajat dan berdoa agar penularan wabak COVID-19 segera berakhir," katanya.
Sumber: BERNAMA
Foto: Awani
Gempak
Thu Sep 16 2021
Jual 34 Perisa Air Balang, Peniaga Bazar Ramadan Kaut Untung RM10,000 Sehari!
Alhamdulillah rezeki!
Ibu Menangis, Zizan Buat Kejutan Hadiahkan Kereta Mercedes Idaman - “Terus Sebak…”
Alhamdulillah, suka tengok Zizan tak berkira dengan keluarga.
Pening Dato’ Fizz Fairuz layan Ayra & Aurora berpuasa - Saya Puasa lah! | EP1
Comel betul lah! Dalam, "Saya Puasa Lah", ikuti adegan empat kanak-kanak selebriti yang cuba berpuasa sambil mengharungi pelbagai cabaran termasuk buat kerja rumah, masak untuk buka & sebagainya. Episod pertama bermula dengan Aurora & Ayra, anak-anak kesayangan pelakon dan DJ, Datuk Fizz Fairuz.
Saksikan gelagat anak-anak selebriti berpuasa dalam Saya Puasa Lah, bermula 19 Mac 2024 di semua platform Gempak.
#SayaPuasaLah
#SemangatDemiMinat
#susuUHTMARIGOLD
Saksikan gelagat anak-anak selebriti berpuasa dalam Saya Puasa Lah, bermula 19 Mac 2024 di semua platform Gempak.
#SayaPuasaLah
#SemangatDemiMinat
#susuUHTMARIGOLD
You Know Nothing About Cooking: Sherry Alhadad Masak Menu Wajib Kenduri Kahwin, Ini Resipi Penuh Nasi Tomato & Ayam Masak Merah
Nampak sedap nasi tomato & ayam masak merah.
Wan Raja ‘Inform’ Isteri Jika Perlu Lakon Babak Romantik - “Saya Bukanlah Kena Minta Kebenaran…”
Baguslah begitu.
Sherry Pressure Masak Lauk Kenduri? | Di Sebalik Tabir | You Know Nothing About Cooking | EP9
Sherry boleh ke masak lauk kenduri ni? Apa lagi lah yang Datin Malia akan marah. Hahaha. Jom layan!
Jom saksikan You Know Nothing About Cooking bersama Sherry Al Hadad & Datin Malia Musa serta tetamu jemputan setiap hari, 12 tengah hari di Gempak.com!
#YouKnowNothingAboutCooking
#YKNAC
#GempakOriginalSeries
Jom saksikan You Know Nothing About Cooking bersama Sherry Al Hadad & Datin Malia Musa serta tetamu jemputan setiap hari, 12 tengah hari di Gempak.com!
#YouKnowNothingAboutCooking
#YKNAC
#GempakOriginalSeries
Zoey Rahman Terkejut Mass Factor Tangkap Cintan, Anggap Sebagai Bestie Saja - "Seminggu Kenal, Belum Jumpa, Ajak Couple"
Baru seminggu kenal terus jatuh hati.
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Godzilla x Kong The New Empire
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
Penyanyi Rap Suara Persis 'Seksaan Kubur' Nyahaktif Akaun X, Tulis 'I Quit' Di Spotify!
Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila tular sepotong video yang memaparkan seorang penyanyi rapper wanita terjerit-jerit ketika membuat persembahan di atas pentas.
Tom & Fuad Rahman Umum Nama Anak - “Wah Bapa Orang Singapura Ada Anak Malaysia”
Wah sedap nama anak Tom & Fuad.