Laman Utama

Ada Janin 28 Minggu Mereput... Penyelidik Berjaya Lakar Gambar Mumia Hamil Pertama!

gempak
Gempak
14/11/2022
11:39 MYT
Sponsor Banner
Ada Janin 28 Minggu Mereput... Penyelidik Berjaya Lakar Gambar Mumia Hamil Pertama!
Luar biasa. Wajah mumia hamil digelar Wanita Misteri berjaya dilakar!
Sekumpulan penyelidik arkeologi di Poland berjaya melakar semula gambaran wajah sebuah mumia dari zaman Mesir purba yang berusia 2,000 tahun, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Wajah mumia itu dihasilkan dengan menggunakan keupayaan teknologi baharu. Ia adalah mumia wanita hamil pertama pernah didokumentasikan di dunia selepas satu mayat janin ditemui di dalam rahimnya.
Ahli arkeologi dari Akademi Sains Poland, Dr. Wojciech Ejsmond berkata, orang ramai memiliki rasa ingin tahu apabila melihat mumia, namun menjadi kelaziman bagi orang Mesir purba untuk mengekalkan rupa si mati.
Melalui pembinaan semula wajah wanita itu secara digital, Ejsmond berkata, ia membolehkan penyelidik ‘memanusiakan semula’ data.
“Orang ramai cenderung lupa bahawa mumia pernah hidup dan mempunyai kehidupan individu, cinta dan tragedi mereka sendiri,” kata Ejsmond.
Wanita purba itu dipercayai berasal dar bandar Thebes, atau kini bandar Luxor, dan mayatnya ditemui dalam sebuah sarkofagus (keranda batu) pada tahun 1826 sebelum dibawa keluar dari Mesir ke Warsaw.
Sarkofagus itu milik seorang paderi lelaki, maka mumia wanita berkenaan dipercayai disemadikan di dalam kubur orang lain. Imbasan mendedahkan bahawa wanita itu bukan sahaja hamil ketika dia meninggal dunia, bahkan turut menghidap kanser.
Kecacatan yang ditemui di belakang mata mumia itu menunjukkan dia mungkin meninggal dunia akibat tumor yang besar.
Penyelidik menganggarkan wanita itu meninggal dunia sekitar 28 minggu kehamilan dan janin berkemungkinan mereput di dalam perutnya.
Sumber: Kosmo!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live