Pelakon Hanez Suraya menyuarakan pendapat mengenai kecaman dihadapi oleh wanita bertudung yang terlibat dengan sukan berbasikal.

Menerusi kemas kini terbaru di laman Instagram Hanez, pelakon drama bersiri Autumn Di Hatiku ini mahu orang ramai berfikiran positif.

"Bukan senang nak jadi female cyclist ni. Especially yang bertudung. Ada je kecaman.

"Cuba fikir positif, berbasikal kan aktiviti bersukan, niat nak kayuh supaya badan sihat, jantung sihat," tulisnya di ruangan kapsyen.



Ibu kepada dua cahaya mata ini juga memberikan penjelasan mengapakah seluar yang digunakan untuk sukan berbasikal agak ketat.

"Seluar basikal tu memang macam tu, design ketat dan padding untuk keselesaan dan keselamatan, saya pernah pakai seluar trek yang longgar sikit, tersangkut pula kat seat (pada yang faham) sangat bahaya.

"Untuk orang di luar sana, bila fikiran anda positif, anda pasti akan nampak perkara yang baik-baik sahaja, begitu juga sebaliknya. Kaum hawa pun nak juga berbasikal tanpa di kecam," luahnya lagi.

Hanez juga mempunyai pesanan untuk mereka yang menganggap pakaian sukan berbasikal yang digayakannya kelihatan tidak senonoh.

"Kalau pakaian saya agak tak senonoh di mata anda, jangan tengok! Unfollow sahaja okay. Saya cuma share pasal my healthy lifestyle. Peace. Caption by Mader & President @siputforever," tulisnya lagi.

Hi manja ? #collectpoint #SL7

A post shared by Hanez Suraya ™️ (@hanezsuraya) on

Ride with my forever daddy cool ?

A post shared by Hanez Suraya ™️ (@hanezsuraya) on

Weekend Ride with ❤️ #collectpoint

A post shared by Hanez Suraya ™️ (@hanezsuraya) on


Aktif berbasikal semenjak beberapa bulan lalu, Hanez turut melakukan aktiviti sihat terbabit bersama suaminya, Romie Razin Adilha Abdul Jais.

BACA: Dah Macam Harga Kereta, Benarkah Hobi Berbasikal Untuk Orang Kaya Saja? Ini Respon Selebriti Malaysia!

BACA: "Bukan Follow Trend Lah" - Nabila Razali Dedah Punca Sebenar Dia Mula Berbasikal

BACA: "Nak Berbasikal Ukur Diri Sendiri, Jangan Gatal Ikut Poket Orang Tapi Sebenarnya Tak Mampu," - Sharnaaz Ahmad


Selain Hanez, antara selebriti yang aktif dalam sukan berbasikal ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nabila Razali, Zizan Razak, Hawa Rizwana, Hairul Azreen, Radin ERA, Sharnaaz Ahmad dan ramai lagi.

BACA: Selalu Kayuh Basikal Sama-Sama, Hawa Rizwana Ulas Hubungan Dengan Zizan Razak

BACA: Hawa Rizwana Pernah Jatuh Basikal, Kayuh Paling Jauh 70KM