Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Ada Je Tak Kena, Biarlah Lah Nak Kecam, Asalkan Saya Tak Kacau Orang,” - Baby Shima Kalis Kecaman

Mya Amri
30/04/2022 02:50 MYT
Sudah berada hampir 12 tahun dalam industri hiburan membuatkan penyanyi, Baby Shima lali dengan kecaman.

Menurut Shima, dia tidak dapat memuaskan hati semua orang atau memaksa mereka untuk menyukai dirinya.

“Saya buat apa sahaja tetap orang kecam. Selagi namanya Baby Shima pasti ada sahaja yang tidak kena.

“Macam baru-baru ini isu derma, mereka kata saya buat gimik. Padahal tidak… Buat benda baik pun orang kecam.

“Jadi saya rasa tak mengapalah kalau mereka nak cakap apa-apa pun. Saya dah tak kisah… Kita buat apa pun orang tetap tidak suka,” katanya ketika ditemui Gempak.

Pemilik nama lengkap Nor Ashima Ramli ini juga mengakui pada mulanya kritikan atau kecaman melampau sedikit sebanyak memberikan impak buat dirinya.

Namun bagaimanapun, lama-kelamaan Shima hanya menganggap perkara itu sebagai cabaran dan asam garam seorang anak seni.

“Saya pernah rasa down tapi bila saya fikir balik, masa kita susah orang lain ada bantu ke? Macam itulah.

“Saya tahu ramai yang benci saya, tak mengapalah, rezeki saya tetap ada. Alhamdulillah.

“Selama belasan tahun saya dalam industri ini susah sebenarnya… Susah senang hanya kita yang tahu sendiri, asalkan saya tak kacau orang dah cukup,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Shima akan ke Indonesia selepas raya untuk menyambung kerja-kerja seni yang tertangguh akibat pandemik.

Foto: Azrul Rafie

#Netizen #Baby Shima #Kecam #Kalis Kecaman
;