Anak kepada pelakon Fauzi Nawawi, Hanna Faresha sering menjadi perhatian netizen kerana kejelitaan serta kebijaksanaannya.
Mempunyai rupa paras yang cantik, Hanna mula menjadi tumpuan ramai ketika mendapat keputusan 10 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun lalu.
Kini, anak gadis Fauzi ini popular di kalangan pengguna Instagram dengan mengumpul jumlah pengikut seramai hampir 120,000 pengguna.
Mengakui sering menerima gurauan dari kalangan jejaka yang mahu menjadi menantunya, Fauzi tidak kisah dengan populariti yang dikecapi oleh anak daranya.
"Saya tak kisah asalkan dia tahu menjaga diri dan keperibadian. Saya suka juga sebab kalau pergi mana-mana, anak saya akan diberi keutamaanlah, macam artis juga,” seloroh Fauzi.
Sebelum ini, anak bujang pelakon ini, Fareez Fauzi telah terlebih dahulu menempa populariti selepas memenangi program realiti Mentor Milenia 2016.
Ketika ditanya mengenai kriteria lelaki yang mahu dijadikan menantu, Fauzi meletakkan tiga ciri-ciri utama.
"Dengan siapa anak saya berkawan, siapa bakal menantu saya nanti, saya tiada halangan. Apa yang penting, saya sudah letakkan tiga perkara atau syarat-syarat.
"Pertama, lelaki itu harus pandai membaca kitab suci Al-Quran, kedua, dia haruslah mempunyai latar belakang dan tahu selok belok agama.
"Ketiga, dia mesti mempunyai pendapatan tetap dan bersungguh-sungguh dalam kerjayanya.
"Kalau sudah sampai jodohnya, saya tak halang dan mengikut sahaja asalkan dia memilih pilihan yang terbaik untuk dirinya," katanya ketika ditemui di malam Anugerah Skrin 2018 (ASK 2018).
Fauzi merangkul trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama menerusi lakonannya dalam telefilem Qalbu.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana rezeki berpihak kepada saya. Biarpun saya kini memberi fokus kepada bidang perniagaan, saya akan terus berkarya dan menyemarakkan dunia lakonan yang saya cintai ini," katanya lagi.
Foto: Instagram Hanna, @dramasangat
Kamaruddin Razal
Wed Nov 07 2018


Adakah Neelofa Tetap Akan Sorok Wajah Anak Keduanya Kelak? Ini Jawapan Tuan Empunya Badan: “Bukan Nak Buat Content…”
Neelofa tak sorok anak

PU Syed Persoal 'Acara Gelek' Ifa Raziah, Kak KM: “Bagaimana Status Rezeki Yang Terbit Dari Usaha Yang Haram...?”
PU Syed tegur Ifa, Kak KM

Tunang Shuib, Watie Selesai Kursus Kahwin Di Usia 35 Tahun - "Orang Kata Yang Lambat Selalunya..."
Watie dakwa dia peserta tertua pergi kursus kahwin

KRU Perkenalkan Wetland Studios Putrajaya, Syarikat Milik Selebriti Pertama Mengendalikan Taman Tema
Menarik untuk dikungjungi satu family!

Berkawan Baik, Arnold Schwarzengger Sifatkan Bruce Willis Yang Nyanyuk Tak Pernah Bersara
Arnold sifatkan Bruce seorang insan luar biasa

Jalin Hubungan Dengan Aktor 10 Tahun Lebih Muda, Luna Maya Syukur Disokong & Minta Doa
Luna Maya ada kekasih baharu!

Siap Dalam Masa Tiga Hari, Syabil Harap Lagu Dunia Kita Mendapat Tempat Dalam Kalangan Pendengar Muzik Tempatan
Lagu Dunia Kita terinspirasi daripada pengalaman sebenar

Ini Sebab Sharifah Sakinah Pasang Ayat Al-Quran Ketika Shooting Filem Jemputan Ke Neraka…
Penggambaran pula dekat banglo lama.

#BIGSTAGE5: Baju Yang Digayakan Aina Abdul Ganggu Pandangan Penonton? Ini Jawapan Pihak Produksi: “Tak Pernah Terima Sebarang Aduan…”
Pihak produksi dah bagi jawapan

Lima Tahun Hajat Tertangguh, Raffi Ahmad Buat Kejutan Bawa Pekerja Tunai Haji
Raffi Ahmad lunas hajat