Laman Utama

“Ada Juga Manusia Macam Ni” - Dr Rafidah Bidas Teori Kononnya Berlari 10KM Mampu Hilangkan Covid?

gempak
Hanafis Haris
14/03/2022
00:00 MYT
Sponsor Banner
“Ada Juga Manusia Macam Ni” - Dr Rafidah Bidas Teori Kononnya Berlari 10KM Mampu Hilangkan Covid?

Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrolog Hospital Putrajaya, Dr. Rafidah Abdullah tampil membidas teori yang mendakwa berlari 10 kilometer (km) mampu ‘menghilangkan’ Covid-19.

Menurut Dr Rafidah semua itu adalah mengarut dan apabila positif perlu mengasingkan diri dan kuarantin.

“Dah kenapa pergi berlari 10km diluar?? Nak pass kan virus anda kepada orang lain?

“Ada juga ya manusia macam ini. Pendapat saya, elok ditangkap saja,” katanya.

Jelasnya, RTK Ag adalah ujian saringan dan jika test PCR masih lagi positif, jangkitan tidak hilang.

“Bagus buat ujian berkala tapi negatif tidak bermaksud anda tiada ya.

“Kalau anda ada jangkitan COVID19, ada risiko serangan jantung.

“Rehat, kekal hidrasi & makan makanan sihat. Is that too difficult to ask?

“Bukan pergi berlari jarak jauh. Tunggu-tunggu lah dahulu,” katanya.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

Sekadar info, sejak semalam kecoh apabila tularnya sebuah video memaparkan seorang pemuda dipercayai jurulatih kecergasan bertindak melakukan larian atau jogging selepas dua hari disahkan positif Covid-19.

Pun begitu, berdasarkan video dimuat naik, tiada sebarang individu lain dan laluan tersebut agak lapang.

Menurut pemuda berkenaan, ketika larian dibuat tiada sebarang kesan buruk terhadap prestasi staminanya.

“Saya positif tetapi jalankan aktiviti sukan di kawasan sunyi,” katanya.

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah ujian kendiri yang dilakukan selepas bersenam mendapati dirinya kini negatif.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024