Hiburan

"Ada Juga Yang Bodohkan Aku Kat DM Sebab .." - Didakwa Tidak Peka Dengan Anak, Shakilla Khoriri Tampil Pertahankan Diri

gempak
Zulaikha Yusof
22/11/2019
07:20 MYT
Sponsor Banner
"Ada Juga Yang Bodohkan Aku Kat DM Sebab .." - Didakwa Tidak Peka Dengan Anak, Shakilla Khoriri Tampil Pertahankan Diri
Pelakon Shakilla Khoriri telah menerima kata-kata kesat daripada netizen selepas membawa anak perempuannya, Ameena Sofia ke Bangkok, Thailand.
Shakilla didakwa tidak prihatin dan peka dengan keadaan Ameena ketika membawanya bercuti bersama rakan rapat.
"Ramai yang DM dan ada perasan juga komen yang tanya kenapa pilih Bangkok, Thailand untuk bercuti dengan @ameenasofia_.
"Ada juga yang bodohkan aku kat DM sebab jadi seorang ibu tak prihatin pasal anak konon anak penat, panas dan bla bla bla adeh.
"Takde sebab pun sebab planning last minute dengan kawan-kawan.
"Bercuti dengan kawan-kawan bukan untuk Ameena. Ameena tu harta wajib aku dengan Fizi bawa.
"Tiada sebab nak tinggal sebab bukan urusan kerja. So settle sila jangan tanya," tulisnya.
Isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali turut menjelaskan niatnya berkunjung ke kuil hanya sekadar untuk melihat kecantikan seni bina.
"Yess belakang tu temple. Tempat orang bukan Islam.
"Tak salah pun bawa baby sebab niat kau nak tengok.
"And tak bawa masuk dalam pun. Hanya di luar sekadar menikmati kecantikan seni temple ni je. Nothing more! Kau nak bodohkan juga, silakan," tulisnya lagi.
Selain Shakilla dan Fizi Ali, aktres Dottie dan penyanyi Aman Aziz turut bercuti bersama.
Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung pada 14 March lalu.
A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live