Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Ada Juga Yang Bodohkan Aku Kat DM Sebab .." - Didakwa Tidak Peka Dengan Anak, Shakilla Khoriri Tampil Pertahankan Diri

Zulaikha Yusof 22/11/2019 | 07:20 MYT
Pelakon Shakilla Khoriri telah menerima kata-kata kesat daripada netizen selepas membawa anak perempuannya, Ameena Sofia ke Bangkok, Thailand.
Shakilla didakwa tidak prihatin dan peka dengan keadaan Ameena ketika membawanya bercuti bersama rakan rapat.
"Ramai yang DM dan ada perasan juga komen yang tanya kenapa pilih Bangkok, Thailand untuk bercuti dengan @ameenasofia_.
"Ada juga yang bodohkan aku kat DM sebab jadi seorang ibu tak prihatin pasal anak konon anak penat, panas dan bla bla bla adeh.
"Takde sebab pun sebab planning last minute dengan kawan-kawan.
"Bercuti dengan kawan-kawan bukan untuk Ameena. Ameena tu harta wajib aku dengan Fizi bawa.
"Tiada sebab nak tinggal sebab bukan urusan kerja. So settle sila jangan tanya," tulisnya.
Isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali turut menjelaskan niatnya berkunjung ke kuil hanya sekadar untuk melihat kecantikan seni bina.
"Yess belakang tu temple. Tempat orang bukan Islam.
"Tak salah pun bawa baby sebab niat kau nak tengok.
"And tak bawa masuk dalam pun. Hanya di luar sekadar menikmati kecantikan seni temple ni je. Nothing more! Kau nak bodohkan juga, silakan," tulisnya lagi.
Selain Shakilla dan Fizi Ali, aktres Dottie dan penyanyi Aman Aziz turut bercuti bersama.
Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung pada 14 March lalu.

#?• . Ramai yang DM dan ada perasan juga comment yang tanya kenapa PILIH Bangkok, Thailand untuk bercuti dengan @ameenasofia_ ☝? . Ada juga yang BODOHkan aku kat DM sebab jadi seorang IBU tak prihatin pasal anak konon anak Penat, Panas and bla..bla.. adeh ? . . Takde SEBAB pun sebab planing last minute dengan kawan2. Bercuti dengan kawan2 bukan untuk Ameena. Ameena tu harta wajib aku dengan Fizi bawa. Tiada sebab nak tinggal sebab bukan urusan kerja. So SETTLE sila jangan tanya . . Yess belakang tu Tample. Tempat orang bukan Islam. Tak salah pun bawa baby sebab niat kau nak tengok. And tak bawa masuk dalam pun. Hanya diluar sekadar menikmati kecantikan seni tample ni je. Nothing more ! Kalau nak bodohkan juga, Silakan. ???

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on

#Fizi Ali #Shakilla Khoriri
;