,
Laman Utama

"Ada Kata Anak Yang Saya Lahirkan Anak Luar Nikah" - Wawa Zainal

Amri Hassan
02/04/2021
02:55 MYT
Pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafrel mengakui pernah melalui detik sukar ketika awal usia perkahwinan mereka.
Malah, kata pasangan itu, situasi menjadi lebih tegang apabila berdepan kontroversi perkahwinan yang disembunyikan daripada pengetahuan umum.
"Orang tahu kami sudah berkahwin selepas mempunyai seorang anak, kami rahsiakan perkahwinan kami ketika itu.
"Macam-macam tuduhan, ada yang cakap kami berkahwin selepas ada anak. Ada juga yang kata anak yang saya lahirkan itu anak luar nikah dan sebagainya.
"Apabila fikir balik perkara itu, saya jadi sedih. Iyalah, ibu bapa mana yang tak sedih apabila anaknya dituduh macam-macam," kata Wawa menerusi rancangan Hard to Heart yang disiarkan pada Khamis.
Mengakui keadaan itu berpunca daripada kesilapan sendiri, Wawa dan Aeril terus bergelut dengan kehidupan dan mempertahankan maruah mereka selepas pendedahan penuh sensasi itu.
"Ketika itu dua-dua masih baru, Wawa terikat dengan kontrak syarikat yang tidak membenarkan artis bercinta sesama sendiri. Kita hormatlah, memang itu salah kami kerana melanggar kontrak, tapi naluri... Walaupun cakap tak boleh bercinta tapi perasaan itu membara," tambah Aeril yang mengakui kesilapan sendiri kerana menyembunyikan cerita perkahwinan mereka.
Disebabkan keadaan mendesak juga, Wawa akui rumah tangga mereka bergolak hingga hampir berpisah.
"Ada sampai satu tahap saya cakap saya tak tak nak teruskan hubungan ini. Tetapi Aeril yang pujuk, katanya kita tak boleh mengalah nanti orang akan ketawakan kita.
"Kami tahu ada yang cakap kami bakal hidup susah, kami yang akan datang balik merayu, mengemis job," cerita Wawa lagi.
Namun, pasangan itu tidak lantas menyerah. Bangkit semula membuktikan bahawa mereka mampu bertahan dan berjaya biarpun hubungan mereka pada dasarnya dibina atas kesakitan.
​Untuk rekod, pasangan Wawa dan Aeril telah berkahwin pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Menerusi rancangan Hard to Heart yang dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi itu, Wawa dan Aeril turut bercerita mengenai permulaan serta jatuh bangun dalam alam perniagaan.
Jangan lupa tonton rancangan Hard to Heart setiap hari Khamis pukul 11 malam di saluran Astro Ria dan On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Hiburan

“Permintaan Dia Sebelum Menutup Mata…” - Kiah Propa Kembali Berkahwin, Mahu Jaga Bekas Suami Sakit Kanser Leher

gempak
18/11/2024
08:25 MYT
Pelakon dan usahawan, Kiah Propa memilih untuk kembali melangsungkan perkahwinan bersama bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail.
Hiburan

Adik Neelofa Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki!

gempak
17/11/2024
08:55 MYT
Adik lelaki kepada pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Mohamed Aqief bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Hiburan

Wajah Anak Disamakan Dengan B*bi, Syifa Melvin Naik Hantu! - “Bab Keluarga Kau Jangan Sentuh!”

gempak
17/11/2024
07:55 MYT
Usahawan dan pempengaruh media sosial Syifa Melvin berang apabila seorang individu menyifatkan wajah anaknya seperti khinzir
Berita

"Saya Rasa Satu Rezeki Sebab Ayah Meninggal Dunia Di Sebelah Saya, Ketika Saya Ada" - Anak S Atan

gempak
17/11/2024
01:55 MYT
Menurut Rozaini atau mesra disapa Dani, 36, dia sepatutnya mempunyai persembahan di Dewan Filharmonik PETRONAS namun dia mengambil keputusan untuk tidak pergi memandangkan keadaan arwah ayahnya yang tidak mengizinkan.
Unitar