Ada Kata Elyana Elok M*mp*s, Tak Tahu Bersyukur, Ini Respon Empunya Badan!

Amri Hassan
Ogos 28, 2022 12:25 MYT

Penyanyi Elyana tampil memberikan respon terhadap komen biadab seorang individu di media sosialnya baru-baru ini.

Tulis individu terbabit menerusi sepotong video yang dimuatnaik Elyana; "Orang macam ni elok m*mp*s je, tak tahu bersyukur. Allah dah bagi sambung nyawa. Tak payahlah agung-agungkan minah ni!"
Tidak melenting dengan komen terbabit, Elyana bagaimanapun mendoakan kesejahteraan pengguna media sosial itu agar diberikan kebaikan.
"Semoga awak dipanjangkan umur, dijauhkan dari segala penyakit, dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat," tulis Elyana menerusi paparan skrin yang dimuatnaik semula di Instagramnya.
Berbekalkan kapsyen berbentuk emoji senyum, hantaran itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang menyelar sikap keterlaluan individu terbabit.
"Semoga Elyana diberikan kesabaran, istiqamah terus ingin berubah ke arah kebaikan.
"Makin lama makin ramai extremist macam ni.
"Abaikan je sis, awak dah lama dalam bidang ni jadi setakat kecaman macam ni benda biasa.
"Komen dia maksum sangat, tak faham manusia macam tu. Risau," demikian tulis beberapa pengguna di Instagram Elyana.
Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila Elyana memuat naik gambar tidak bertudung di Instagram.
Elyana bagaimanapun tidak menjelaskan mengapakah dia membuka tudung, selain menutup ruangan komen di platform berkenaan.
Baru-baru ini, Elyana memberitahu terpaksa meletakkan batasan untuk berinteraksi dengan peminatnya menerusi media sosial bagi memberikan sedikit ruang buat dirinya sendiri.
BACA: “Jadi Diriku”- Elyana Kembali Tak Bertudung?
BACA: “Inilah Saya… Jika Anda Boleh Menerima Saya, Alhamdulillah” - Elyana Perjelas Status Sudah Tidak Berhijab

#Penyanyi #Instagram #Netizen #Tudung #Elyana #Warganet #Komen #Biadab