Viral

"Ada Kata Saya Dengki Busuk Hati Dengan Ustaz" - Syamsul Yusof

gempak
Amri Hassan
01/04/2020
04:55 MYT
Sponsor Banner
"Ada Kata Saya Dengki Busuk Hati Dengan Ustaz" - Syamsul Yusof
Selepas membangkitkan persoalan tentang kekeliruan beramal jariah di media sosial, pelakon dan pengarah Syamsul Yusof tampil dibidas pula oleh segelintir pihak.
BACA: "Aku Keliru. Adakah Sedekah Jariah Perlu DiKongsi Di Media Sosial?" - Syamsul Yusof
Ada yang menyifatkan Syamsul sebagai individu yang iri hati dengan golongan ulamak yang berbuat kebaikan di media sosial.
"Ada yang kata saya dengki busuk hati dengan ustaz dan orang yang buat kebaikan di media sosial. Hah? Pulak dah...
"Apahal ke situ jauh pula fikirannya?
"Tiada kena mengena dan lain yang saya maksudkan," jelas Syamsul.
Enggan memanjangkan hal itu, Syamsul turut berpesan kepada orang ramai agar tidak berbalah ketika dunia berdepan saat getir.
"Tak apa lah. Sabar sajalah. Tak perlu kita berbalah benda sia-sia di saat musibah semakin teruk sekarang.
"Kita cari reda Allah sama-sama.
"Apapun, media sosial telah menjadi fitnah besar akhir zaman. Hati-hatilah dan jangan kita kalah dengan agenda mereka," tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live