Pelakon Ungku Ismail mengakui tidak mempunyai perancangan untuk menjadi seorang penyanyi.

Bagaimanapun kata Ungku, dia juga tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk merakamkan lagu.

“Sanggup ke atau ada ke orang nak dengar suara saya? Setakat ini saya tidak memasang hasrat untuk bergelar penyanyi.

“Sebenarnya saya seorang yang sangat suka belajar dan mencuba sesuatu untuk mendapatkan ilmu. Sebab itu saya okay sahaja menyanyi untuk persembahan teater muzikal.

“Lagipun sebelum persembahan, saya juga sudah membuat latihan awal untuk memastikan tiada kesilapan berlaku.

“Tetapi andai kata ada peluang menyanyi rasanya tak salah untuk saya mencuba. Sejujurnya belum terlintas pun difikiran untuk menjadi seorang penyanyi,” katanya ketika ditemui Gempak.

Show pukul 3PM dan 8.30PM. Siapa yang takde tiket, boleh cuba datang sahaja walk in. Kalau ada kosong terus masuk nanti. Semalam pun ada kekosongan, jemputan tak hadir. See you laterrrrr! #SemarakPertiwiku #SPRM #UNIMAS #IstanaBudaya

A post shared by Ungku Ismail Aziz (@ungkuismailaziz) on


Mengulas mengenai teater Semarak Pertiwiku, Ungku bersyukur kerana mendapat reaksi positif.

“Alhamdulillah, rata-rata penonton memberikan reaksi positif terhadap pementasan teater berkenaan.

“Secara jujurnya saya juga berasa amat gembira dapat menjadi sebahagian daripada team Semarak Pertiwiku,” ujarnya.

Terdahulu, Ungku Ismail muncul dengan watak ahli perniagaan, Datuk Shah dalam teater muzikal Semarak Pertiwiku.

Selain Ungku, antara pelakon lain yang terlibat adalah Anding, Sherie Merlis dan Taufik Hanafi.

Teater muzikal Semarak Pertiwiku adalah projek kerjasama SPRM, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Istana Budaya.

Semarak Pertiwiku berkisarkan tentang kerakusan sebahagian kontraktor mengejar habuan untuk mengumpul kekayaan. Disebabkan itu, tercetus skandal rasuah di sebalik rahsia perolehan sebuah projek mega.

Bermula semalam, orang ramai boleh menonton teater muzikal arahan Muhammad Azri Azli secara percuma dalam dua slot hari ini, 3.30 petang dan 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya