Umum mengetahui, filem Backstage telah menjengah pawagam di Malaysia sejak minggu lalu.
Filem yang menampilkan adik beradik popular Indonesia, Sissy Priscillia dan Vanesha Prescilla itu mengisahkan tentang perjalanan dan perit getir menjadi seorang bintang.
Lebih menarik, penceritaannya bukan klise kerana apa yang berlaku bukanlah satu kebiasaan dalam industri di negara jiran itu, mahupun di negara kita.
Menurut Sissy, filem itu bagaimanapun tidak mencetus pemikiran baru bahawa 'show business' itu satu bidang yang kejam.
"Pada pendapat saya, filem ini tidak mencetuskan pemikiran baru bahawa bidang hiburan atau showbiz itu kejam.
"Sebaliknya, ia merupakan satu kiasan tentang bukan mudah untuk seseorang mahu menjadi bintang.
"Selain daripada itu, saya rasa terserah kepada penonton untuk melihatnya secara positif ataupun tidak," katanya.
Sissy berkata demikian dalam satu sesi virtual yang diadakan bersama pihak media Malaysia sempena tayangan filem Backstage di negara ini, minggu lalu.
Dalam pada itu, Sissy juga menyifatkan pengalaman berlakon Backstage sebagai satu perkara yang luar biasa.
"Pengalaman berlakon filem ini memang luar biasa, tambahan ia pula diproduksikan ketika pandemik.
"Meskipun ada kekangan tersendiri ketika itu, tapi ia masih dihasilkan dengan kualiti yang baik dari segi pencahayaan, penceritaan, sinematografi dan macam-macam lagi," tambahnya.
Filem Backstage turut menampilkan adik Sissy yang sedang meningkat naik, Vanesha Prescilla.
Selain adik beradik itu, Backstage turut dibintangi oleh Achmad Megantara, Aulia Sarah, Karina Suwandi, Ferry Salim, Verdi Solaiman dan Roy Rungkono.
Filem ini diproduksikan oleh Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment hasil kerjasama dengan Astro Shaw & Nusantara, Endeavor Content dan perusahaan teknologi informasi, digital dan telekomunikasi NFC Indonesia.
Nak tahu lebih tentang apa yang berlaku dalam filem Backstage? Jangan lupa saksikannya di pawagam berdekatan anda! Ia sudah mula ditayangkan di seluruh negara bermula Khamis minggu lalu.
Asraf Aided
Mon Jan 24 2022

.jpg?ext=.jpg)
"Sumpah This Is Not Gimik, Ini Real" - Muka Aliff Syukri Kena Cakar, Staff Menggelupur Kena Rasuk Hantu?
Seram! Betul ker ni?

Pilihan Isnin: Aubrey Suwito Dituduh Perli Tok Ti, Isteri Caprice Kena Kacau & Keluang Man Bakal Difilemkan
Boleh tahan ya cerita Isnin ni.

Travis Pakai Jubah Hitam, Kourtney Pula Tak Senonoh, Sehari Sebelum Kahwin Netizen Kata Pasangan Ini 'Malapetaka'?
Cantik tak?

Ditonton 530 Juta Kali, Anjing V BTS Jadi Haiwan Paling Popular Di TikTok
V diketahui mula memelihara anjing yang diberi nama Yeontan pada tahun 2017.

Julia's Secret Recipe | Episod 1
Julia berhenti kerja dan jadi pembantu Bunga di kedainya. Julia tak minat jaga bunga dan kuasa viral menyebabkan hashtag 'BungaIsCancelled' trending di sosial media. Adakah Julia akan minta maaf kepada Bunga dan menebus kesalahannya? Jom saksikan video penuh sekarang.

Dua Tahun Kematian Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari Sudah Ikhlas & ‘On The Way’ Bahagia
Penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) kini menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selepas suami tercinta, Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020.

DONT LAUGH SCHOOL - RANI KULUP
Kita ada tetamu istimewa dalam Dont Laugh kalini! Korang rasa korang kenal siapa? Haaa! Jom kita tengok Dont Laugh bersama dengan host kita Iseey dan tetamu jemputan yang pasti akan buat korang gelak tak kering gusi!

Jaja Ishak Bangga Filem The Assistant Bertaraf Antarabangsa! - "Lama Tak Tengok Filem Aksi Lokal Macam Ni"
Ramai puji filem The Assistant!

Tangan Kiri Fareez Fauzi Patah, Tergelincir Ketika Ke Bilik Air
Malang tidak berbau, semoga cepat sembuh Fareez.

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan, Athisha Khan Hadiahkan Bulan Madu Di Villa Mewah Untuk Noor Kartini
Happy wedding anniversary Datuk dan Datin.