Drama Perempuan Tanpa Dosa kini semakin mendapat tempat di hati penonton. Keserasian watak Rizal lakonan Kamal Adli dan watak Lily lakonan Uqasha Senrose membuatkan mereka tampak bersahaja.

Apatah lagi dengan watak Rahman lakonan Yusuf Bahrin, watak Eddie lakonan Zac Zaky dan watak Usu Sakinah lakonan Uyaina Arshad yang cukup meyakinkan menjadikan jalan cerita Perempuan Tanpa Dosa cukup menarik.



Menggunakan tanda pagar #perempuantanpadosa di sosial media, ramai peminat yang ternyata tidak sabar untuk melihat sambungan seterusnya.

"Tak puaslah sejam! 2 jam la, komen Sizaina di ruangan Twitter.

"Ada lelaki macam Rahman tak? Kalau ada pm tepi jap," tulis kxufc.

"Cantiknya Susan Manen dan Uqasha Senrose. Memang kena jadi ibu dan anak, muka seiras," komen Siti Radiah.



Ketika diaju persoalan oleh pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa, Michael Ang di Twitter miliknya tentang episod-episod yang ditayangkan, ramai yang memuji.

"Best dan terbaik sangat-sangat. Tak sabar nak tunggu sambungan esok," jawap Nurul Ashikin.

"Dah mula lawak-lawak... Best," komen Riziki Murni pula.



Drama Perempuan Tanpa Dosa diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama karya Fatinilam Sari Ahma mengisahkan perkahwinan terpaksa dua jiwa Rizal dan Lily atas permintaan orang tua.

Kehadiran orang ketiga, isu kekeluargaan dan konflik percintaan menjadi tonggak utama bagi drama yang meruntun jiwa ini.



Tonton drama Perempuan Tanpa Dosa di slot MegaDrama pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Ria (124) dan Ria HD (104).