Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Ada Lendir Berdarah Jatuh Atas Kaki .." - Yatt Hamzah Kongsi Detik Sebelum Lahirkan Anak Keempat

Zulaikha Yusof 07/01/2020 | 03:58 MYT
Pelakon Yatt Hamzah berkongsi pengalaman sebelum melahirkan anak keempat pada 30 Disember lalu.
Menurut Yatt dia bergerak ke hospital sejurus sedar terdapat lendir yang berdarah menitik di bahagian kakinya.
"Genap seminggu, sudah sampai masa untuk bonda share kisah labour bonda melahirkan #sucino4.
"Bismillahirrahmanirrahim. Minggu lepas Isnin waktu yang sama sekarang kira2 jam 8.15 pagi bonda telah bersiap ke #hospitalpusrawi setelah ada lendir berdarah jatuh atas kaki sejurus solat Subuh.
"Alhamdulillah Allah rezekikan dapat bertahajud lagi pagi tu sebelum Subuh. Sungguh-sungguh minta pada Allah agar dipermudahkan dan dilancarkan proses bersalin sebab masa tu dah start contraction yang agak kuat setiap 7 minit.
"Sampai hospital @pusrawiofficial dalam 8.50 pg terus ke kecemasan ditemani suami tercinta @zulfadhli_khiruddin," tulisnya di Instagram (IG).
Yatt bagaimanapun akui masih mempunyai perasaan takut dan gementar walaupun ini bukan kali pertama.
"Masa tu Allah je tahu perasaan bonda walaupun dah anak keempat. Sakit, nervous, takut (sebab ketiga-anak anak semua kena paksa induce sampai contraction luar biasa kuat, sakit macam nak mati rasanya) dalam masa yang sama rasa happy, lega dan bersyukur sebab akhirnya hari yang ditunggu-tunggu dah tiba..
"#babySuci akhirnya dah ready nak keluar setelah overdue 13 hari sejak 18 Dec 2019. Mujurlah layanan dari semua staff @pusrawiofficial sangat baik, dari staff di kaunter emergency, nurse dan doktor yang check bonda, membuatkan hati ni rasa lega dan kurang gementar.
"Dan masa yang dinantikan akhirnya tiba. Doktor check bukaan bonda dan fuhh Allahuakbar," tulisnya lagi.
Yatt mendirikan rumah tangga dengan juru video Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 3, dan Suci Hayfa Medina, 1.
Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 7, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.

PART 1 Genap Seminggu, sudah sampai masa utk Bonda share kisah labour Bonda melahirkan #sucino4 . BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. Minggu lepas Isnin waktu yg sama skrg kira2 jam 8.15 pagi Bonda telah bersiap2 ke #hospitalpusrawi setelah ada lendir berdarah jatuh atas kaki sejurus Solat Subuh. Alhamdulillah Allah rezekikan dpt bertahajud lg pagi tu sblm Subuh. Sungguh2 minta pd Allah agar dipermudahkan & dilancarkan proses bersalin sbb masa tu dah start contraction yg agak kuat setiap 7 minit. . Sampai hospital @pusrawiofficial dlm 8.50 pg terus ke Emergency ditemani suami tercinta @zulfadhli_khiruddin Masa tu Allah je tahu perasaan Bonda walaupn dah anak ke - 4. Sakit, nervous, takut (sbb ketiga2 anak semua kena paksa induce sampai contraction luar biasa kuat, sakit mcm nak mati rasanya) dlm masa yg sama rasa happy, lega dan bersyukur sbb akhirnya hari yg ditunggu2 dah tiba.. #babySuci akhirnya dah ready nak keluar setelah overdue 13 hari sejak 18 Dec 2019. Mujurlah layanan dr semua staff @pusrawiofficial sgt baik, dari staff di kaunter emergency, nurse dan doktor yg check Bonda, membuatkan hati ni rasa lega dan kurang gementar. Dan masa yg dinantikan akhirnya tiba. Doktor check bukaan Bonda dan fuhh ALLAHUAKBAR ... (BERSAMBUNG) .. . Kalau sudi nak tahu sambungan kisah labour Bonda, komen NAK. Nanti Bonda sambung semula detik2 cemas Bonda di Hospital. Moga jd manfaat buat semua especially ibu2 hamil, yg tunggu masa nak melahirkan juga bakal2 ibu.. In shaa Allah. . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #yatthamzah #bondaYHshare #ibuhamil #kisahlabourroomBondaYatt #30dec2019 #Sucino4 #givingbirth #hospitalpusrawi @pusrawiofficial

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

#Bersalin #Yatt Hamzah
;