Pengacara Nadia Annuar mendedahkan ibunya yang merupakan jutawan kosmetik, Kak Ton bakal menjual rumahnya yang bernilai lapan angka.

Nadia menerusi satu rakaman Instagram (IG) Live bersama ibunya membuat ‘house tour’ ke seluruh rumahnya yang difahamkan sebuah banglo mewah.

Kata Nadia ibunya tidak lagi mahu tinggal di situ kerana ia terlalu besar untuk tinggal seorang diri.

“Rumah ni terlalu besar sangat ibu saya tak larat. Dia tinggal seorang. Dia mahu tinggal di rumah yang lebih kecil pula,” katanya.

Nadia dan Kak Ton membuat jelajah ke rumahnya dengan hiasan mewah dari tingkat bawah, dapur, ruang makan, ruang tamu sehingga ke 10 bilik tidur termasuk gymnasium.

Menariknya, di rumah tersebut terdapat satu kolam renang yang besar dan tertutup. Ia terletak di dihadapan sebuah bilik yang mewah.

Kata Kak Ton, dia suka akan kolam renang di dalam rumah kerana lebih privasi dan tidak mendedahkan auratnya ketika berenang.

“Senang lah mommy (Kak Ton) nak berbikini ketika berenang,” katanya berseloroh dalam sedutan video tersebut.

Selain itu, Kak Ton juga memberitahu rumah itu akan dijual lengkap dengan perabut dan hiasan di dalam rumah tersebut tanpa mengeluarkan satu pun daripanya.

Selain perabut dan hiasan yang mewah, Kak Ton juga turut memberitahu dia turut meninggalkan meja makan ukiran kayu yang ditempah khas untuk 14 orang.

“Meja ni jarang sangat pakai. Tempah saja untuk sekali sekala berkumpul dengan sanak-saudara yang datang ke rumah,” katanya lagi.

Apabila ditanya tentang harga, Kak Ton hanya memberitahu harganya berjumlah lapan angka.

“Harga saya hanya boleh beritahu dalam lapan angka, maknanya lebih lah dari RM5juta,” katanya yang menafikan harga rumah tersebut bernilai RM5juta.

Nadia turut memaklumkan kepada pengikutnya agar menghubungi segera untuk membeli banglo yang dijual dengan harga lapan angka.

A post shared by Nadia Annuar (@nadiaannuar)