"Ada Magik, Penuh Aura, Intelek Seksi ..." - Pengarah Razaisyam Dedah Keistimewaan 15 Pelakon, Siapa Mereka?
ZULHILMI JALIL
10/12/2019 03:21 MYT
10/12/2019 03:21 MYT
Pengarah terkenal, Razaisyam Rashid memberitahu bahawa profesion sebagai seorang pelakon bukanlah sesuatu yang mudah.
Sebaliknya, sutradara filem Pusaka itu berkata, golongan pelakon sebenarnya berdepan dengan cabaran dari aspek intelektual mereka.
"Artis adalah orang yang mencipta seni. Tak kira la melukis, muzik, fotografi, rekaan grafik, penulisan, filem dan lain-lain lagi sampailah pelakon.
"Jadi, pelakon ni adalah satu profesion yang sebenarnya mencabar dari segi intelektual. Mereka kena ada banyak set kemahiran untuk menghidupkan watak yang dibawa," tulisnya menerusi satu perkongsian status di Twitter.
Justeru, katanya, tidak semua pelakon mempunyai keistimewaan tersebut dalam menjayakan satu-satu watak.
Namun, sepanjang bergelar pengarah, kata Razaisyam, dia mengenal pasti beberapa pelakon yang mempunyai kelebihan tersendiri setiap kali beraksi di hadapan kamera.
Berikut senarai keistimewaan 15 pelakon yang memiliki bakat luar biasa dari kaca mata pengarah filem Sembilan itu:
1.Beto Kusyairi - Pelakon paling berbakat aku pernah bekerjasama. Dia ada magik bila mula berlakon.
2. Amerul Affendi - Masuk depan kamera je terus jadi lain, tak boleh jangka pilihan dia nak buat. Selalunya pilihan dia sentiasa menarik.
3. Anas Ridzuan - Komik timing paling sempurna!
4. Sharifah Amani - Pelakon yang penuh aura. Boleh terjemahkan subteks skrip pada wajahnya dengan jelas dan tepat.
5. Nadiya Nisaa - Ada internal emotion yang besar. Dia tak payah buat banyak pun dah rasa apa yang dia nak bagi.
6. Tiz Zaqyah - Berbakat secara semula jadi, tak perlu try hard bila berlakon.
7. Redza Minhat - Inilah pelakon yang dinamakan sebagai simbol intelek yang seksi.
8. Khir Rahman - Pelakon yang punya lontaran suara yang hebat. Tahu bermain energy lakonan dan kamera.
9. Azhan Rani - Pelakon yang banyak idea. Peliknya Azhan ni, idea dia tak putus.
10. Syafie Naswip -Pelakon yang ada jiwa. Setiap gerak dia sangat mahal sebab dipilih dengan teliti.
11. Aeril Zafrel - Aku suka bahasa badan Aeril. Dia boleh bagi kat aku macam-macam pilihan.
12. Syafiq Kyle - Mata dia boleh tunjukkan perasaan. Benda tu yang mahal untuk dirakam.
13. Namron - Guru kepada semua pelakon yang hebat sekarang ni. Jadi, tak payah cakap pasal dia.
14. Faizal Hussein- Reaksi paling padu dalam kamera.
15. Mimi Lana - Seorang pelakon yang penuh sifat ingin tahu, sebab tu lah dia cepat belajar.
Razaisyam merupakan seorang pengarah, penerbit, penulis skrip dan penyunting filem yang dikenali menerusi filem CEO, Mandatori dan Pusaka.
Sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan, Razaisyam pernah memenangi beberapa pengiktirafan termasuklah Pengarah Terbaik Drama Anugerah Skrin 2016.