“Ada Mak Cik Dah Jatuh!”- Berhimpit! Ramai Sedih Lihat Tetamu Berebut Ayam Goreng Free Di Rumah Terbuka
Syafiqah Jalal
30/05/2022 05:25 MYT
30/05/2022 05:25 MYT
Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi jemputan rumah terbuka hari minggu lalu memandangkan ia merupakan penghujung Syawal.
Pada hujung minggu lalu tular video apabila menyaksikan tetamu berhimpit untuk mengambil makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) yang diagihkan secara percuma dalam rumah terbuka anjuran sebuah organisasi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna laman TikTok Bernama @hizamsanordin itu menunjukkan tetamunya bukan sahaja berhimpit malah bersesak dan tidak menjaga jarak fizikal sehingga merempuh kaunter agihan makanan berkenaan.
Meskipun beberapa petugas di situ cuba mengawal keadaan, namun pengunjung masing-masing dilihat terus berebut dan menolak antara satu sama lain sekali gus menimbulkan sedikit kekecohan.
Pengguna laman TikTok itu turut melaporkan keadaan serta situasi yang berlaku di situ.
“Nampaknya riuh di sini…Ada mak cik dah jatuh!” katanya.
undefined Video berkenaan mendapat perhatian netizen yang rata-rata sedih melihat keadaan berkenaan yang dilihat seperti rakyat Malaysia sudah kebuluran.
“Sedihnya rakyat Malaysia ni,” tulis salah seorang warga maya.
“Kesian siap tolak, lapar sangat ke?,” tanya salah seorang pengguna laman sosial itu.
“Mana yang rasa mampu beli tu pergi lah walk in KFC je. Mungkin yang datang ni memang betul-betul memerlukan,” komen salah seorang netizen.
Video berkenaan meraih lebih 250,000 tontonan dan dihujani lebih 2,000 komen yang rata-rata kesal melihat situasi itu berlaku dalam negara ini.