Ada Makcik Sangka Dato' Fazley Yaakob Penyanyi Dan Dato' Fazley Yaakob Masterchef Pelanduk Dua Serupa! Okay, Ini Kelakar!

Badrul Hashim
November 16, 2018 02:55 MYT
Dato' Fazley Yaakob memuat naik satu status Twitter beliau ke Instagram berkenaan dengan seorang makcik yang menegur beliau supaya menukar imej dan tidak meniru gaya Masterchef yang juga merupakan beliau (Dato' Fazley) sendiri.
Memang kelakar perbualan Dato' Fazley dengan makcik tersebut. Tetapi nak salahkan makcik itu seratus peratus pun tak boleh juga. Maklumlah, sebelum ini di kaca TV mahupun di media sosial, Dato' Fazley lebih mempromosikan dirinya sebagai seorang chef.
Mungkin Dato' Fazley boleh memikirkan cara untuk membezakan imej sebagai seorang chef dan sebagai seorang penyanyi. Tak salah mempelbagaikan imej supaya nampak lebih hebat! Tak gitu, Dato'?
Malam ini (Jumaat), klip video lirik rasmi untuk lagu terbaru Dato' Fazley, 'Wo Ai De Ni' dilancarkan di YouTube channel beliau pada pukul 8:00 malam.
Kredit: Instagram @fazleyyaakob
#Dato Fazley Yaakob