Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Ada Masa Kita Rasa Sangat Letih Walaupun Hanya Duduk…”- Sebulan Lepas Bersalin, Tasha Manshahar Perlukan ‘Me Time’

Syafiqah Jalal 24/07/2019 | 23:14 MYT
Penyanyi Tasha Manshahar akui perlu berehat daripada segala rutin harian yang dilaluinya selepas bergelar ibu sejak 21 Jun lalu.
Menurut Tasha, ada masa dia berasa sangat letih meskipun hanya dengan duduk sahaja.
“Kadangkala kamu harus lepaskan semua dan meluangkan masa dengan orang disekeliling.
“Ada masa yang kita rasa sangat letih walaupun kita cuma duduk, rasa sempit walaupun kita di tempat yang luas.
“Ini selalunya berlaku bila kita keep on doing the same thing over again. Rutin harian kita. Hadap benda sama setiap hari for a long time. Tak ada break in between,” tulisnya.
Kongsi Tasha di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Tasha seperti berada di suatu percutian.
Pun begitu, Tasha memberitahu dia mahukan ‘Me Time’ bukan kerana telah bosan dengan rutin harian yang dilakukan tetapi lebih untuk menggembirakan hatinya.
“Bukan kita tak suka kerja atau rutin kita tu, cuma sometimes we need a break, enjoying things (even simple things) we like for ourselves. Agree tak?
“Everyone needs "me time". Dia macam recharge balik tenaga kita, improve balik mood kita, then kita boleh continue doing our routines happily. Me time korang bila and macam mana?” katanya lagi.
Entri tersebut mendapat perhatian terutama golongan ibu-ibu lain yang rata-rata bersetuju dengan pendapat Tasha.
Malah mereka turut memberi idea berbeza-beza untuk Tasha meluangkan masa ‘Me Time’ tersebut.
Tasha berkahwin dengan penyanyi Raqib Majid pada 8 September 2018 di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.

Sometimes you just need to disconnect and enjoy your own company. _ There are days yang kita rasa sangat letih walaupun kita cuma duduk, rasa sempit walaupun kita di tempat yang luas. Ni selalunya berlaku bila kita keep on doing the same thing over again. Rutin harian kita. Hadap benda sama setiap hari for a long time. Takde break in between. Bukan kita tak suka kerja atau rutin kita tu, cuma sometimes we need a break, enjoying things (even simple things) we like for ourselves. Agree tak? _ Everyone needs "me time". Dia macam recharge balik tenaga kita, improve balik mood kita, then kita boleh continue doing our routines happily. Me time korang bila and macam mana?

A post shared by @ tashamanshahar on

#Anak #Bersalin #Tasha Manshahar #Raqib Majid #Me Time
;