Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Ada Masalah Ke Kalau Anak Bini Dia Pakai?” - Hidayah Abam Geram Akaun IG Kena Hack

Mya Amri 05/11/2021 | 04:46 MYT

Balu kepada pelawak terkenal, Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali menyatakan rasa kecewa apabila akaun Facebook miliknya digodam.

Sedih dengan kejadian itu, Hidayah meluahkan perasaannya menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram.

Menurut Hidayah, bukan sekali tetapi perkara seperti ini sudah beberapa kali terpaksa dilaluinya akibat sikap individu yang tidak bertanggungjawab.

“Ada orang cuba nak akses akaun personal Facebook, nak hack la tu. kenapa nak hack akaun personal kita.

“Tak payah sibuk, nak dapatkan tengah-tengah orang sedap tidur, cuba nak hack nasib cepat tukar password tapi still tak boleh on semalam tapi cuba buka-buka. Alhamdulillah dapat balik.

“Instagram Abambocey pun banyak kali, masih ada yang nak ambil, kenapa ada masalah ke kalau bini dan anak dia pakai? Korang jelous ke?

“IG tu pun nama anak dia Syed Uthman Hamzah dan moderate by Hidayah_hamzah. Ke korang nak jual IG, FB, dah tak ada duit sangat ke.

“Saya rasa awak ada masalah hati tu sebab dengki dengan orang tak habis-habis, kesian. Ya Allah jauhkan lah aku dari orang-orang yang tidak baik, Amin.” coretnya.

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya menyarankan Hidayah kerap menukar kata laluan demi keselamatan akaun media sosial.

Hidayah dan Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan berkahwin pada 8 Disember 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey

Abam meninggal dunia pada 9 Februari 2020 di kediamannya di Gombak akibat demam panas.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!

#Abam #Hidayah Abam #Akaun Kena Hack #Kena Hack
;