Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Ada Mayat Di Kiri Kanan, Nafas Guna Mulut & Sejuk" - Nabila Huda Cuak Kena Masuk Dalam Peti Simpanan Mayat

Zulaikha Yusof
11/02/2021 09:30 MYT
Pelakon Nabila Huda, 37, mengimbas kembali lakonannya dalam drama Balqis yang memerlukan dirinya untuk masuk ke dalam peti simpanan mayat.

Nabila atau lebih mesra disapa dengan Abil akui berdebar walaupun ini bukan kali pertama dia berada di tempat seram itu.

Katanya, dia terpaksa bernafas melalui mulut kerana persekitaran bau yang tidak menyenangkan.

"Ya, itu memang bilik mayat betul dan ada mayat di kiri kanan! Abil tarik nafas guna mulut sebab bau dia kuat dan masa dia nak masuk dalam peti tu, rasa berdebar dia macam nak lari laju-laju keluar dari hospital tu!

"Lepastu ada rehearsal dulu, duduk la diam-diam kat dalam tu. Siap bawa telefon konon-konon kalau tersangkut ke boleh call tapi terlalu teruk, takda line dalam peti tu ya. Haha!

"Bayangkan, dalam keadaan takut nak masuk peti, tak boleh tarik nafas ikut hidung, dengan sejuk lagi dalam tu, bila buka kain kapan kena tahan nafas pulak sebab dah mati kan.

"Ini bukan yang pertama saya masuk peti mayat. Kali kedua dengan pengarah yang sama. Mama Erma cuma cakap, 'awak ada babak masuk peti mayat, tak semua pelakon berani nak buat.

"Awak kena buktikan kalau awak nak jadi pelakon yang bagus. Mengenali awak, saya tahu awak boleh!"

"Ini adalah salah satu peranan terbaik yang berjaya dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita anugerah terbaik. Ini adalah anugerah 'terbaik' saya yang pertama!" tulisnya di Instagram (IG).

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)


Tambah anak kepada penyanyi Amy Search ini, drama itu juga yang menjadi saksi pertemuannya dengan Puteri Balqis Aziz, 14.

Sayang dan rindu dengan Balqis, pelakon filem M4M4 berharap agar pelakon cilik itu berada dalam keadaan baik.

"Di sini lah bermulanya perasaan kasih dan sayang saya dekat Aqish. Pertama kali saya jumpa pelakon kanak-kanak yang berbakat gila dan saya sayang sangat dia!

"Kali pertama jumpa ja kami dah attached antara satu sama lain. Saya sayang dia sangat! Aunty Abil rindu awak sangat Aqish. Saya harap awak baik-baik saja," tulisnya lagi.

#Nabila Huda #Berlakon #Balqis #Bilik Mayat #Peti Simpanan
;