Mungkin dari segi luaran, karier nyanyian berkumpulan nampak menyeronokan. Namun, ramai yang tidak tahu suka duka yang terjadi di belakang tabir.

Hal ini diakui sendiri oleh dua anggota kumpulan Floor 88 iaitu Ayie dan Amir. Menerusi temu bual bersama Gempak TV baru-baru ini, mereka membuka rahsia mengenai satu kejadian ‘lucu’ yang berlaku sesama mereka sendiri.

“Pernah sekali ketika kami sedang mengadakan latihan, Akram pressure Faliq untuk buat something. Tetapi Faliq tak dapat buat.

“Last sekali, Faliq hempas bass dia dan berlalu pergo. Lepas pergaduhan itu, Faliq keluar daripada group Whatsapp kami.

“Kemudian kami pun berdiam diri dan berbual seperti biasa. Lama-lama dia tegur balik dan meminta kami supaya invite dia masuk semula dalam group Whatsapp band,” ujar Ayie dan Amir.

Banyak lagi yang menarik dalam Gempak TV semalam, untuk tonton ulangannya boleh ke laman Gempak.com atau pun ke laman YouTube.

Jadi jangan ketinggalan untuk tonton Gempak TV setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria.