Viral
"Ada Nak Tumbuk Saya Sampai Mati" - Hani Fadzil Dapat Ancaman Bunuh Daripada Peminat K-Pop
Penyampai radio ERA, Hani Fadzil terkejut apabila mendapat kiriman mesej daripada individu tidak dikenali yang mengugut untuk membunuhnya.
Hal itu terjadi gara-gara Hani menyunting sekeping foto bersama salah seorang anggota kumpulan BTS, Namjoon beberapa hari lalu.
"Menjadi seorang peminat K-pop selama 12 tahun saya sangat terperanjat dengan cara segelintir peminat sekarang.
"Saya bangun tidur dan mendapat paparan skrin teks perbualan ini dan sangat terkejut dengan isi kandungannya.
"Ada yang nak tumbuk saya sampai mati? I edit my photos for fun, tak sangka ada yang triggered.
"So I truly apologise on my side kalau ada yang tidak berpuas hati. Mungkin ada yg akan cakap 'ni mesti budak lagi, tak payah layan'.
"But they need to know that wanting someone to 'mati' is a serious matter and not something to joke about.
"These kind of texts can pass as a threat to myself & security as well so I will get it reported." kongsi Hani menerusi akaun Instagramnya.
Dalam paparan perbualan WhatsApp berkumpulan itu, individu-individu terbabit menyuarakan ketidakpuasan hati kerana suntingan foto berkenaan.
Selain mengutuk kualiti suntingan foto itu, ada yang bertindak agresif hingga mengugut untuk menumbuk, menendang dan menampar hingga mati.
Justeru, Hani memohon orang ramai agar lebih berhati-hati terutama ketika menulis komen di media sosial.
Tak menyimpan dendam, Hani juga memaafkan individu terbabit yang tidak berpuas hati dengan tindakan Hani menyunting gambar tersebut.
"Semoga kita semua boleh mengambil iktibar dari isu ini dan semoga kita lebih berhati-hati dengan kata-kata kita.
"I forgive those who has said such things and pray that they will spread more love and positivity in their lives.
"At the end of the day we cannot please everybody but we all can try to be nice to each other," tambahnya.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut kecewa dengan tindakan melampau peminat K-pop itu.