Sejak digandingkan bersama dalam sebuah drama siri popular sejak beberapa bulan lalu, nama Anna Jobling dan Meerqeen sering meniti di bibir peminat.
Tidak hanya di layar kaca, kemesraan Anna dan Meerqeen turut terserlah di media sosial, khususnya menerusi balasan komen di Instagram mahupun Twitter.
Sungguh ramai peminat yang menggemari telatah Anna dan Meerqeen bersama, namun sudah ada yang mula kurang senang dengan interaksi antara mereka berdua.
Menjawab mengenai isu tersebut, bekas peserta program Dewi Remaja itu berkata, dia tidak boleh berbuat apa-apa jika ada yang sudah mula jelak dengan kemesraannya bersama Merqeen.
“Itu platform media sosial saya. Jadi, saya boleh buat apa yang saya suka. Jadi, kalau ada yang meluat ke, tak suka tengok ke, block sahaja saya dan jangan tengok.
“Saya tak kacau orang pun,” katanya kepada Gempak ketika ditemui baru-baru ini.
Sungguhpun begitu, masih ada yang suka melihat mereka berdua, sehingga meminta mereka untuk mendirikan rumah tangga.
Menurut Anna, dia dan Meerqeen tidak pernah terfikir ke arah itu memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya lakonan.
“Buat masa sekarang kita fokus kerja… No!” ulasnya ringkas.
Dalam pada itu, Anna turut memberitahu yang dia bakal ke Jakarta pada bulan ini bagi memenuhi undangan beberapa rancangan hiburan di sana.
“Selain itu, saya juga akan bertemu dengan client dan juga perbincangan untuk kerjaya seni di sana,” katanya lagi.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Izwan Isa
Mon Oct 03 2022


Tunai Permintaan Peminat Berusia & Berpasangan, Ungu Wujudkan Zon UNGU!
Ada apa dengan kategori UNGU tu?

Mira Filzah Bakal Beraksi Dalam Filem Arahan Hanung Bramantyo - “Melebarkan Sayap Ke Indonesia Sudah Menjadi Impian Saya…”
Tahniah Mira!

All Stars Gegar Vaganza: "Dia Sangat Sedap Menyanyi, Tapi Tantrum Tu Buat Kami ..." - Ulas Ramli MS Fasal Azharina
Tok Ram kata Azharina tak ada sumbang.

Netizen Kata Leona Macam 'Mak Anak 5', Empunya Badan Respon; "Adakah Mak Kamu..."
Leona akui tidak terkesan dengan komen netizen

Jovian Mandagie, Nina Ismail Sabri Umum Bercerai - “Kami Percaya Itu Adalah Yang Terbaik”
Doakan yang baik-baik.

Ramai Back Up Nas Jadi Keluang Man - “Dia Bukan Pelakon Cikai Ya, Yang Tak Kenal Ni Mesti Budak BBNU”
Ramai suka Nas berlakon.

Pertama Kali Berganding Sama Amir Ahnaf, Anna Jobling Kongsi 3 Sebab Perlu Tonton Syurga Itu Bukan Mudah!
Anna Jobling jayakan watak Aileen.

Siti Nordiana & 5 Sekawan Bermaafan, Setuju Selesai Kes Saman RM2.5 Juta
Semoga dipermudahkan

All Stars Gegar Vaganza: “Kalau Ada Penyingkiran Memang Nana, Dia Nyanyi Agak Teruk” - Datuk Ramli MS
All the best Nana untuk final.

Musim Lelaki Curang? Nampak Bahagia Di Laman Sosial, Rupanya Suami Influencer Kantoi Berseronok Di TREC, Bawa Perempuan Balik Rumah
Lah pulak?