Pelakon dan penyanyi Bella Astilah meraih pujian daripada netizen menerusi sepotong video yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini.

Menerusi komen-komen yang ditinggalkan, ada yang memuji kecantikan isteri kepada penyanyi Alif Aziz itu dan diibaratkan seperti patung Barbie.

Tidak kurang, ada juga yang melihat penampilan Bella tidak kelihatan seperti seorang wanita yang sudah memiliki dua orang anak.



“Macam Barbie tengok Bella.”

“Cantik betul body Bella, tak nampak macam body anak dua.”

Begitupun, di sebalik komen-komen positif, ada juga yang memberikan kritikan terhadap cara pemakaian Bella.

“Kenapa la pakai baju tak cukup kain.”

“Takda kecil lagi ke baju tu sis?”

BACA: Bella Astillah Terpaksa Mengalah Duduk Dalam Aircond Sebab Suami Tak Tahan Panas

BACA: Bella Astillah Tak Kisah Bawa Watak Penyondol - “Saya Pun Nak Tahu Apa Mereka Rasa…”​