Pelakon dan usahawan, Zara Zya yang mula mengenakan hijab sejak bulan september lalu ternyata kecewa dengan segelintir netizen yang menuduhnya memperdagangkan agama apabila dia memulakan kembali perniagaan tudungnya.

Baca: "Cantik Sangat Berhijab, Harap Zara Terus Istiqamah Ya" - Peminat Doakan Zara Zya Yang Sudah Mula Bertudung

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Zara meluahkan isi hatinya tentang perkara tersebut.

"Adakah media sosial sekarang dijadikan sebagai platform untuk menilai dan memberi persepsi kepada orang lain? Lately, saya selalu dapat DM yang menilai dan menghentam diri saya.

"Sampaikan ada netizen yang komen saya memperdagangkan agama antara kehidupan peribadi dan business tudung yang saya buat," tulis Zara.

Menurut Zara, dis sudah memulakan perniagaan menjual tudung sejak tahun 2015 lagi, dan perniagaan itu dimulakan kembali dengan nafas baru yang lebih segar.

"Yang penting, kehidupan peribadi saya sekarang adalah fokus untuk berubah ke arah yang lebih baik tanpa melibatkan dunia business dan pihak lain. Apa pun saya mohon maaf atas kekurangan dan kekhilafan diri saya ye," jawap Zara kepada mereka yang melemparkan tohmahan.

Selamat Petang Kesayangan Semua ? . Adakah media sosial sekarang dijadikan sebagai platform untuk menilai dan memberi persepsi kepada orang lain? Lately, saya selalu dapat DM yang menilai dan menghentam diri saya... sampaikan ada netizen yang komen saya memperdagangkan agama antara kehidupan peribadi dan business tudung yang saya buat. ? . Kalau nak diikutkan, sejak 2015 lagi saya mula jual tudung dan sekarang saya mulakan balik business ni dengan nafas baru yang lebih fresh. . Dan yang penting, kehidupan peribadi saya sekarang adalah fokus untuk berubah ke arah yang lebih baik tanpa melibatkan dunia business dan pihak lain. Apa pun saya mohon maaf atas kekurangan dan kekhilafan diri saya ye.. . Anyway, enjoy lah tengok video tutorial @zarazya.scarfz yang tak seberapa ni okay ☺️

A post shared by ZaraZya (@zarazya) on


Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia pernah bertunang dengan pelakon Hafreez Adam tetapi mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan tersebut selepas sebulan bertunang.