Pelakon Fasha Sandha mengakui dugaan yang dilalui sebelum ini membuatkan dirinya menjadi semakin cekal.

Fasha berkongsi luahan hatinya itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya hari ini.

Menurut Fasha, dia tidak gemar menunjukkan kelemahan diri kerana tidak mahu meraih simpati orang lain.

“Gambar kenangan pada 4 Dec 2015, hari pertama kami hidup bertiga. Ramai kata, Fasha, wanita besi. Eh, sejujurnya tidak setiap masa jadi besi… Ada masanya jadi besi karat juga (tapi tak suka tunjuk).

“Dalam dunia ni, akan ada haters dan ada juga ramai lovers. Haters tetap akan membenci tidak kira apa pun. Setiap kebaikan yang kita buat akan tetap ada silap dimata haters, tapi peduli apa kan teruskan buat apa yang kita suka.

“Tak semua orang suka kita happy. Ada juga yang rasa gembira dan suka bila kita down. Jadi jangan tunjuk kita lemah. Walaupun adakalanya kita lemah,” tulisnya.

Tambah Fasha lagi, sesetengah pihak juga lebih suka menjatuhkan hukuman terhadap kehidupan selebriti tanpa mengetahui perkara sebenar.

“Ada juga orang kata, eh artis ni suka bercerai berai ke. Eh hello, bukan artis je bercerai berai, orang bukan artis lagi banyak bercerai-berai cuma tak masuk paper je sebab orang tak peduli.

“Artis juga selalu akan cuba yang terbaik untuk selamatkan perkahwinan tapi bila tak berjaya itu adalah takdir. Sekurang-kurangnya kita cuba perbaiki apa yang boleh untuk selamatkan perkahwinan.

“Being Single Is Better Than Being with the Wrong Person. I was a Janda before and I’m so PROUD with that title. Sebab apa? Sebab I janda yang berkerjaya cari duit untuk keluarga, tak meraih simpati dan kuat.

“Tak ada apa nak malu pun dengan gelaran ‘janda’ tu... Now Allah bagi peluang kedua untuk menerima pasangan baru.

“Ini pun PINJAMAN juga daripada Allah cuma apa yang saya buat, selalu berdoa agar pinjaman kali ini berkekalan hingga akhir hayat atau #TillJannah… Insya-Allah.

“Jadi perempuan ni kena la kuat, supaya takde orang boleh tindas kita. Yang penting kena bekerja dan simpan duit dalam bank supaya kita tetap bersedia, itu nasihat saya selalu pada adik-beradik.

“Saya berbintang Aries, sejenis kuat. Ada masa saya boleh buat tak tahu je dan tak layan. Ada masa, perlu lawan, kena lawan.

“Jangan biarkan orang buli kita selalu, kalau rasa perlu jawab, jawab. Tak payah nak diam all the time, nanti orang pijak kepala kita.

“Tetapi ingat ni… ‘Not all forms of abuse leave bruises’ kalau rasa benda tu bodoh untuk dilayan, ABAIKAN.

“Hidup ini terlalu singkat. Jangan sedih, bangun dan buktikan, anda kuat dan berani! Yakinlah bahawa akan ada kemanisan dalam kepahitan yang terjadi. Sama ada cepat tau lambat. Pasti ada. EX iSMC (independent single mom club),” luahnya.

Gambar kenangan pada 4 Dec 2015, Hari pertama kami hidup bertiga ? Ramai kata, Fasha,wanita besi. Eh, sejujurnya not all the time jadi besi..there are times jadi besi karat juga (tapi tak suka tunjuk) Dalam dunia ni, akan ada haters dan ada juga ramai lovers.Haters will hate, no matter what.Setiap kebaikan yang kita buat, akan tetap ada silap dimata haters, tapi peduli apa kan,... teruskan buat apa yg kita suka. Tak semua orang suka kita happy, Ada juga yang rasa gembira dan suka bila kita down. Jadi jangan tunjuk kita lemah. Walaupun adakalanya kita lemah. Ada juga orang kata, eh artis ni suka bercerai berai ke.Eh hellloooo, bukan artis je bercerai berai, orang bukan artis lagi banyak bercerai berai cuma tak masuk paper je, sbb orang tak peduli. Artis juga selalu akan cuba yang terbaik untuk selamatkan perkahwinan, tapi bila tak berjaya, itu adalah takdir. Sekurang2 nya kita cuba perbaiki apa yang boleh untuk selamatkan perkahwinan. Being Single Is Better Than Being With the Wrong Person. I was a Janda before and im so PROUD with that title. Sbb apa? Sebab I janda yang berkerjaya, cari duit untuk family, tak meraih simpati dan kuat. Takde apa nak malu pun dengan title ‘Janda’ tu...Now Allah bagi peluang kedua utk menerima pasangan baru. Ini pun PINJAMAN juga daripada Allah, cuma apa yang i buat, selalu berdoa agar pinjaman kali ini berkekalan hingga akhir hayat atau #tilljannah..Insyaallah. Jadi perempuan ni kena la kuat, Supaya takde orang boleh tindas kita. Yang penting, kena bekerja dan simpan duit dalam bank. Supaya kita tetap bersedia, itu nasihat i selalu pada my sisters. I am an aries, sejenis kuat. Ada masa i boleh buat taktau je dan tak layan . Ada masa, perlu lawan , kena lawan. ?Jangan biarkan orang buli kita selalu, kalau rasa perlu jawab, jawab. tak payah nak diam all the time, nanti orang pijak kepala kita. But remember this, ‘Not all forms of abuse leave bruises’ kalau rasa benda tu bodoh utk dilayan just IGNORE. LIFE IS Too short. Jangan sedih, bangun dan buktikan, anda Kuat dan berani! yakinlah bahawa akan ada kemanisan dalam kepahitan yang terjadi. Sooner or later. Pasti ada.?EX iSMC(independent single mom club) ? @pinography

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


Terdahulu, Fasha telah berkahwin dengan aktor Aidil Aziz pada 30 Mac lalu.

Manakala menerusi perkahwinan terdahulu bersama Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.