,
Hiburan

“Ada Orang Mengajar Cara Lembut & Ada Orang Cara Kasar” - Nadhir Nasar

Mya Amri
25/11/2024
06:55 MYT
Pelakon, Nadhir Nasar berharap agar mangsa buli tidak takut untuk mendedahkan atau berkongsi mengenai kejadian yang menimpa mereka.

Maklum pada kenalan rapat

Menurut Nadhir, mangsa boleh memaklumkan perkara itu kepada mereka yang terdekat dan berbincang mengenai masalah yang dihadapi.

“Kepada sesiapa yang dibuli dan takut untuk memberitahu anda dibuli, tolong minta pertolongan atau berkongsi dengan kenalan rapat.

“Sama ada ibu bapa dan kawan-kawan rapat, berbincang dengan mereka bagaimana untuk mengatasi kes buli yang anda sedang hadapi,” katanya kepada Gempak.

Kenal pasti cara dibuli

Bagaimanapun kata Nadhir, mereka harus mengenal pasti sama ada kejadian yang menimpa mereka itu benar-benar pembulian atau pun cara mengajar yang kasar.

“Harus dikenal pasti antara buli dan juga diajar. Ada dua bahagian tentang mengajar. Mengajar secara lembut dan juga mengajar secara keras.

“Dua perkara ini berbeza. Kadang-kadang ada orang itu mengajar secara kasar, ada juga orang mengajar secara lembut,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

ARTIKEL BERKAITAN:“Duit Nak, Fame Nak, Belajar Tak Nak” - Fatin Afeefa Malu Dengar ‘Interview’ Pelakon Mengadu Isu Buli Di Set Penggambaran

ARTIKEL BERKAITAN:“Nak Jadi Anak Seni Jiwa Kena Kental” - Siti Nordiana Syukur Tak Pernah Dibuli, Artis Lama Lebih Suka Kongsi Ilmu

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Buli Di Set Penggambaran, Nabila Huda Sifatkan Artis Sekarang Manja! - “Hal Personal Patut Simpan”

ARTIKEL BERKAITAN:Rita Rudaini Tidak Setuju Tindakan Campak Skrip Dianggap Sebagai Buli - “Manja Sungguh”

Terdahulu, Nadhir sebelum ini meluahkan rasa kesal apabila isu buli diset penggambaran yanh didakwa seorang pendatang baharu mengundang tanggapan buruk dalam kalangan pelakon senior.
Kata Nadhir, dia percaya perkara berkenaan mungkin berlaku disebabkan sikap artis itu sendiri yang bermasalah.
Tidak hanya Nadhir, malah pelakon Nabila Huda, Rita Rudaini, Intan Najuwa dan Fatin Afeefa juga kurang bersetuju mengenai dakwaan itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

“Kita Pun Tak Nak Terus Berlaku Dalam Masyarakat” - Sky Iskandar Harap Mangsa Buli Jangan Pendam, Luah Pada Saluran Yang Betul

gempak
23/11/2024
09:55 MYT
Pelakon filem Kahar: Kapla High Council, Sky Iskandar berharap mereka yang menjadi mangsa buli jangan takut untuk berkongsi kejadian yang menimpa mereka.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

“Duit Nak, Fame Nak, Belajar Tak Nak” - Fatin Afeefa Malu Dengar ‘Interview’ Pelakon Mengadu Isu Buli Di Set Penggambaran

gempak
21/11/2024
00:55 MYT
Bukan sahaja pelakon Datin Intan Najuwa, tapi aktres Fatin Afeefa turut menyuarakan pendapatnya mengenai kenyataan seorang pelakon baharu yang mendedahkan gejala buli di set penggambaran.
Unitar