gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Taanusiya Chetty Seru Ibu Bapa & Guru Mainkan Peranan Penting Dalam Kesihatan Mental - “Saya Tahu Perasaan…”
HIBURAN
Guang, Sepet Antara Filem Ditayang Semula Di Festival Filem China-Malaysia
BERITA
Bekas Puteri Jepun, Mako, Selamat Lahirkan Anak Sulung
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

“Ada Orang Rindu Umar & Humairah?” - Shuhada Kongsi Keadaan Terkini Anak-Anak Di Australia

gempak
Umirah Halim
07/02/2025
07:55 MYT
Sponsor Banner
“Ada Orang Rindu Umar & Humairah?” - Shuhada Kongsi Keadaan Terkini Anak-Anak Di Australia

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada tampil berkongsi keadaan terkini kedua-dua anaknya, Humaira dan Umar yang kini di Australia.

Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri terpanggil untuk berkongsi perkara tersebut selepas difahamkan bekas suaminya, Hafidz mendedahkan tidak menerima sebarang perkhabaran mengenai anak-anak mereka.

“Ada orang rindu Umar dan Humairah ke?

“Sihat je mereka berdua di Australia ni.

“Menikmati zaman kanak-kanak mereka dengan persekitaran yang positif bersama orang yang menyayangi mereka berdua dengan ikhlas,” tulisnya menerusi perkongsian di Instagram Story.

Terdahulu ini, Hafidz menyatakan perasaan rindu untuk bertemu dengan anak-anaknya selepas lebih setahun tidak berjumpa dengan mereka.

Malah, Hafidz mendakwa dirinya langsung tidak diberikan peluang oleh bekas isteri, Shuhada Mat Shukri untuk berjumpa dengan dua anak mereka.

Kata Hafidz, kali terakhir mereka berhubung adalah sebelum Shuhada dan anak-anaknya pindah ke luar negara melalui panggilan video.

Sekadar info, Nurul Shuhada membuat keputusan untuk berhijrah ke Australia bersama anak-anaknya bagi memulakan hidup baru pada sekitar tahun lalu.

Untuk rekod, bekas pasangan itu telah bercerai talak satu pada 27 Julai 2024.

Topic Berkaitan
#Hafidz Roshdi
#Shuhada
#Humairah
Must-Watch Video