,
Viral

"Ada Penderaan Mental Tapi Tiada Kekasaran Fizikal, " - Ziana Zain Tidak Pernah Dikasari Suami

Amri Hassan
04/06/2018
03:37 MYT
Penyanyi popular Ziana Zain membuat pengakuan tidak pernah dikasari secara fizikal oleh suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri.
Pendedahan itu dibuat Ziana, 50, menerusi sebuah program bual bicara hiburan siaran langsung semalam.
Kata Zaina, terlalu banyak perkara yang telah berlaku sepanjang tempoh lebih 20 tahun hidup bersama Armin.
Namun, pelantun lagu Madah Berhelah itu enggan mendedahkannya demi menjaga maruah keluarga dan suami.
"Tidak pernah berlaku kekasaran fizikal, tetapi penderaan mental itu ada. Saya mungkin boleh bertahan, tetapi tidak untuk anak-anak.
"Namun biarlah segala apa yang berlaku selama ini tersimpan menjadi rahsia antara kami. Cukup hanya saya dan anak-anak yang mengetahuinya. Sebab perlu diingat, masing-masing ada maruah yang perlu dijaga. Walaupun sudah tidak bersama lagi, ada beberapa rahsia yang perlu disimpan," katanya.
Tambah Ziana lagi, dia tidak berasa kesal dengan apa yang terjadi kepada rumah tangganya dan berharap agar dia dan suami dapat mencari kebahagiaan masing-masing selepas ini.
"Sebagai isteri, kalau boleh saya mahu selamatkan rumah tangga tetapi kalau Tuhan berkata Kun Faya Kun terhadap sesuatu perkara, maka jadilah ia. Ia ditambah pula dengan insiden yang berlaku terhadap anak saya.
"Jadi mungkin inilah jalan keluar daripada masalah yang membelenggu saya selama berpuluh tahun lalu. Sekarang saya sudah boleh tarik nafas lega kerana tiada lagi perkara yang menyesakkan dada," ujarnya yang berharap agar semua pihak mendoakan kebaikan untuknya dan anak-anak selepas ini.
Rumah tangga mereka yang dibina pada 1998 di ambang perpisahan apabila penyanyi itu memfailkan permohonan cerai selepas Armin dihadapkan ke mahkamah Mac lalu kerana mencederakan seorang daripada empat anak mereka.
Bagaimanapun kes tersebut ditangguhkan pada 28 Jun depan oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor selepas Armin enggan melafazkan cerai terhadap Ziana.
Sumber: Kosmo! Online Foto: @iamzianazain
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Terkini

Diana Danielle Luah Rasa Syukur Urusan Mahkamah Berjalan Lancar -  “Selepas Ini, Proses Perceraian Pula…”

gempak
20/11/2024
05:36 MYT
Diana menerusi Instastory turut berharap proses perceraian yang dijangka akan diadakan pada 2 Disember di mahkamah yang sama dapat diselesaikan dengan segera.
Terkini

Status Masih Suami Isteri, Diana Danielle; “Ini Bukan Momen Gembira Untuk Sesiapa Pun…”

gempak
20/11/2024
03:15 MYT
Akberdin berkata perakuan rujuk perlu diambil di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dokumen itu perlu dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk permohonan perceraian yang ditetapkan pada 2 Disember ini.
Hiburan

Kahwin 10 Bulan Cerai, Pinkan Mambo & Suami Rujuk Lepas 30 Hari Berpisah

gempak
18/11/2024
06:50 MYT
Penyanyi sensasi Indonesia, Pinkan Mambo kembali menjadi isteri selepas memegang status janda hanya selama sebulan.
Unitar