Berita
Ada Peningkatan Positif, Suami Abby Abadi Perkenal Nama Anak
Suami kepada Abby Abadi, Faizal Zakaria memperkenalkan nama bayinya yang kini masih berada di Pusat Rawatan Rapi Neonatal (NICU) pada hari ketujuh kelahiran.
Diberi nama Muhammad Danial Firman, Faizal memberitahu ia membawa maksud yang sangat indah.
“Day 7, Baby D dah ada nama. Muhammad Danial Firman Faizal membawa maksud yang sangat indah
“Moga Baby Danial terus sihat dan terus kuat... Abah tidak penah jemu mendoakan agar Baby Danial terus sihat dan dipanjangkan umur,” tulisnya.
Faizal berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut Faizal memuat naik fotonya bersama Abby yang sudah dibenarkan pulang.
Bercerita mengenai perkembangan bayi mereka, Faizal memberitahu anaknya itu menunjukkan peningkatan positif, malah pendarahan paru-paru yang dialami sudah pun semakin pulih.
“Semalam Abah tak tulis apa-apa pun sebab tak sihat, tiba-tiba demam
“Sayang Abah, tahu tak mama @abby_abadi112 dah keluar dari hospital semalam....
“Tapi jangan risau Abah & Mama akan sentiasa jenguk sayang....abah dan mama rindukan Baby.
“Pagi tadi Abah & Mama ke NICU hantar susu...sempat berbual-bual dengan doktor, Baby Danial ada peningkatan positif...pendarahan paru-paru pun dah tak ada..
“Syukur sangat...Allah Maha mendengar semua doa mereka yang sayangkan Baby Danial.
“Malam ni, Insya-Allah abah datang jumpa Baby lagi ya... Abah rindukan Baby Danial... Abah sayangkan Baby...,” luahnya lagi.
Abby melahirkan bayinya itu ketika usia kandungannya berusia enam bulan.
Dia terpaksa melahirkan bayinya dalam proses pembedahan pada 27 September lalu selepas mengalami ‘turun darah’ kerana bacaaan darah tinggi yang meningkat.
Pada tahun 2017, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal pada 14 Ogos 2015.
Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.